Khamis, 27 November 2008

Khalid tolak cadangan Pas haram jual arak !

Usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan minuman beralkohol berkuat kuasa Januari depan tidak kesampaian apabila cadangan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat atas alasan penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Jelas beliau, meskipun terdapat golongan tertentu menyuarakan kebimbangan terhadap kesan negatif akibat mengambil minuman beralkohol, kerajaan negeri berpendapat tidak perlu diambil tindakan drastik sedemikian kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati di pihak lain.
"Walaupun prihatin terhadap kebimbangan sesetengah pihak mengenai kesan negatif pengambilan minuman beralkohol tetapi kerajaan negeri tidak akan mengambil langkah drastik seperti mengharamkan penjualan minuman beralkohol secara total. "Ini kerana Selangor terdiri daripada penduduk pelbagai kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa akhbar-akhbar berbahasa Cina menyebut Pas melalui anggota-anggotanya yang menyertai ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di restoran, kedai runcit dan kedai serbanika 24 jam di Selangor. Menerusi laporan dalam laman web tersebut, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai PBT pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari depan.

Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang. Menurut Pua, tindakan Pas itu dilihat cuba membelakangkan sentimen sokongan pengundi bukan Islam dan melemahkan kerajaan campuran Selangor.

Abdul Khalid memberitahu, isu tersebut telah dibincangkan sebelum ini dan hasilnya kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan penguatkuasaan dengan melarang penjualan minuman beralkohol kepada orang Islam dan belia di bawah umur 18 tahun. Katanya, satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi di antara kerajaan negeri dengan para peniaga, PBT dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi mengenal pasti cara terbaik untuk melaksanakannya.

Suara Politik

Rabu, 26 November 2008

DIGUGUR AKIBAT TIDAK TAHAN DITEGUR

Bagi kebanyakan penyokong pembangkang jika berita ini keluar dari media massa mereka akan katakan ini sebagai dakyah kerajaan. Tetapi jika menunggu media mereka mengeluarkan artikel yang tidak baik pasti umpama pungguk rindukan bulan yang tidak akan kunjung tiba. Kini menjadi trend media pembangkang untuk menyatakan hanya yang betul tentang mereka... walaupun mereka menuduh media massa dalam masa yang sama. Mereka kini hanya menyebarkan berita-berita baik sahaja tetapi mengenai masalah dalaman mereka pasti tidak akan ditimbulkan.

Terbaru ialah berita pengguguran dua pemimpin kanan parti itu yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.

Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.

"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Nampaknya apa yang berlaku dalam parti ini menampakkan kelemahan dan perpecahan serta tidak mahu mendengar suara dan pendapat akar umbi.Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.

"Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan," kata sumber... Persoalannya ini bukan isu Melayu sahaja bahkan isu agama Islam yang sepatutnya menjadi perjuangan PAS... Apakah Pas telah meninggalkan perjuangan Islam!?Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu dan beliau mahu segera menggantikan pemimpin korporat itu dengan seorang calon Melayu. Tindakan Dr Hassan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.

Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid (foto atas, kiri) mengakui rombakan PAS negeri terpaksa dibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan Dr Hassan tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Nampaknya Dr Hassan terpaksa mengorbankan ahli yang tidak bersependapat dengan beliau yang terpaksa mengikut 'buntut' DAP dan PKR. Sungguh malang bagi orang yang mempunyai idea dan pandangan akar umbi ditolak oleh kepimpinan PAS Selangor. Namun itu hakikatnya demi kepentingan politik, kepentingan kaum Melayu dan agama Islam dipinggirkan walau terpaksa mengorbankan suata akar umbi. Pas kini tidak boleh lagi melaungkan slogan membangun bersama Islam kerana kini tidak relevan untuk selamanya.


Aspirasi Bangsa



Selasa, 25 November 2008

Kenyataan Dangkal Seorang Profesor Bernama P. Ramasamy!

Baru-baru ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kita dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy yang menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri itu. Beliau menuduh UMNO yang menjadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan.

P. Ramasamy berkata, kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja. Tuduhan liar yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu secara terang-terangan merupakan pandangan yang membuta- tuli dan berbaur politik. Kenyataan Ramasamy itu memang bertujuan untuk memecahbelahkan kaum dengan mengaitkan isu tersebut serta menuduh UMNO sebagai puncanya.

Bagi penulis ini adalah satu perbuatan dan tujuan yang sangat keji seolah-olah ianya satu mainan politik yang mahu memporak perandakan masyarakat majmuk di negara ini. Kenyataan P.Ramasamy ini seakan-akan senada dengan tindakan Hindraf yang menyalahkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO apabila masalah kaum India tidak dapat diselesaikan oleh mereka sendiri.

Sebagai seorang Profesor, sepatutnya P.Ramasamy membuat kaji selidik dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang telah menyakitkan hati orang Melayu kenapa pembabitan kaum India dan Cina sangat kurang didalam sektor awam di Pulau Pinang dan juga seluruh negara. Tidak cukupkah dengan tindakan Hindraf yang telah melukakan perasaan orang Melayu dengan tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal?

Apakah P.Ramasamy telah lupa akan Kontrak Sosial tentang pengorbanan orang Melayu yang menerima kaum India dan Cina sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka? Apakah P.Ramasamy telah lupa akan kata-kata Tun V.T. Sambanthan Merangkap Menteri Kerjaraya, Pos Dan Telekom, semasa berucap di Dewan Rakyat Pada 1 Jun 1965.

P.Ramasamy perlu ingat sebelum “ revolusi industri ” berlaku dinegara ini iaitu zaman semasa Tun Mahathir mula-mula memerintah pada awal tahun 80-an peluang pekerjaan amatlah kurang sekali terutamanya di sektor swasta. Berapa ramaikah kaum India yang bekerja disektor awam pada ketika itu seperti JKR, JPT, LLN, Talikom dan majlis-majlis daerah dan perbandaran. Tentu ramaikan!

Berapa ramaikah diantara mereka yang menikmati faedah-faedah yang diterima sebagai kakitangan kerajaan semasa didalam perkhidmatan dan juga selepas pencen. Berapa ramai dikalangan anak-anak mereka yang berjaya didalam pelajaran dan kehidupan mereka. Adakah P.Ramasamy hendak menutup mata dengan menafikannya. Semasa revolusi industri bermula, pelabur-pelabur dari luar negara telah mula memindahkan operasi pengeluaran mereka ke Malaysia.

Semenjak dari itu hinggalah sekarang kaum India sudah mula menjauhkan diri dari sektor awam kerana hendak bekerja di sektor swasta yang memberi pulangan yang tinggi berbanding dengan sektor awam. Ini adalah fakta. Sebab itu P.Ramasamy janganlah sewenang-wenangnya hendak salahkan kerajaan jika peluang pekerjaan disektor awam sekarang dipandang dingin oleh masyarakat kaum India.

Berapa ramai yang datang memohon apabila peluang pekerjaan dibuka kepada umum. Amat menyedihkan. Mereka lebih berminat di sektor swasta kerana pulangan yang tinggi. Penulis rasa P.Ramasamy sendiri tahukan jawapannya. Jadi tak perlulah cuba mencari isu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Beliau perlu tahu yang proses pemilihan kakitangan sektor awam diuruskan di bawah pentadbiran awam dan bukannya mana-mana parti politik.

Jangan lupa ada juga ramai kakitangan pentadbiran awam yang menyokong pembangkang semasa PRU ke-12 yang lalu. Tengok sahaja keputusan pilihanraya di PutraJaya. Berapa banyak undi yang diperolehi oleh pembangkang? P.Ramasamy perlu ingat yang kenyataan dangkal seperti ini perlu dielakkan bagi mengelakkan sesuatu yang buruk akan berlaku dalam hubungan kaum dinegara ini.

Nasihat kepada P.Ramasamy supaya jangan lupa sejarah pembentukan Tanah Melayu. Ingat, kaum Melayu sudah banyak berkorban sejak sebelum merdeka supaya kaum-kaum lain dapat hidup dengan amam dan damai dinegara ini. Hormatilah sedikit perasaan orang Melayu.

Taminsari
Shah Alam

Apabila Kaum Lain Cuba Mencampuri Urusan Agama Islam

Hindu Sangam urges Fatwa Council to “ be more sensitive”

Sekarang ini, boleh dilihat sebagai sesuatu yang merbahaya bila satu golongan ugama lain mula mencampuri urusan ugama lain! Sepatut nya, pihak lain tidak layak untuk mencampuri urusan agama lain, apatah lagi jika perkara itu melibat kan agama Islam yang juga ugama rasmi negara!! Kita harap pihak berkenaan dapat bertindak sesuatu agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku!!

PETALING JAYA : The National Fatwa Council must respect the sensitivities and feelings of other religions in Malaysia while giving guidance to Muslims on the religion’s practices and tenets. “Many Hindus have been deeply disturbed by the Fatwa Council’s announcement,” Malaysia Hindu Sangam president Datuk A. Vaithilingam said in a statement Sunday.

He said it was regrettable that the Council had not consulted with the Malaysia Hindu Sangam first so that the religious and non-religious aspects of yoga could have been explained. The Fatwa Council on Saturday issued an edict banning Muslims from practising yoga on grounds that it involved chants and acts of worship in order to be one with the god of another religion.

“To call this ancient practice ‘haram’ and saying that it can ‘corrupt’ a person is very hurtful and demeaning,” said Vaithilingam. He added that as many Hindus and non-Hindus practised yoga together in a non-religious manner, the fatwa could drive a wedge between those of different religions.

National Fatwa Council chairman Datuk Dr Abdul Shukor Husin on Saturday said yoga had been practised by the Hindu community for thousands of years and incorporated physical movements, religious elements together with chants and worshipping, with the aim of “being one with God”. “Because of this, we believe that it is inappropriate for Muslims to do yoga. The council is declaring that practising yoga, when it comes together with the three elements, is haram,” he told a press conference. - IsuHot

Isnin, 24 November 2008

Adakah Ladang Babi Sistematik Akan Selesaikan Masalah Rakyat!

Dewan Pemuda Pas menganggap cadangan mewujudkan ladang babi sistematik di Selangor dan Kedah adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dalam isu penternakan haiwan itu. Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, masalah yang berpunca daripada penternakan babi yang tidak terurus telah lama wujud di negara ini iaitu sejak 51 tahun lalu dan kerana itu, ia perlu dimodenkan.

"Soal penternakan babi tidak perlu diungkit, kita nak selesaikan masalah rakyat dan itulah isu yang kita bincangkan sama ada mampu atau tidak untuk kita sediakan kawasan penternakan yang sistematik mengikut piawaian antarabangsa," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu sudah tidak boleh mengharapkan Pas mempertahankan hak mereka, malah parti itu juga tidak lagi berani bercakap mengenai penubuhan negara Islam.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihak yang mendakwa Pas tidak mempertahankan keistimewaan Melayu perlu merujuk kepada dokumen penubuhan pakatan pembangkang yang ditandatangani Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Katanya, dokumen itu mengandungi pendirian Pas untuk mempertahankan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Komen :

Tak tahulah berapa banyak lagi kandang babi yang hendak dibina di negara yang agama rasminya Islam. Bagi penulis cara terbaik untuk menyelesaikan perkara ini adalah dengan “ mentiadakan “ lagi apa bentuk ladang babi. Ladang-ladang babi yang ada hendaklah dikurangkan atau dimusnahkan sama sekali. Pas kena fikirkan bagaimana hendak melenyapkan babi-babi ini dari bumi Malaysia. Import babi dari luar seperti mana yang dilakukan oleh Singapura.

Singapura kata mereka tak layak membela babi kerana babi ini kotor dan pengotor. Tapi mereka nak makan juga. Maka terpaksalah di impot dari negara luar seperti Malaysia, Thailand dan lain-lain negara. Terang-terang dah tahu babi ini kotor dan pengotor, ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi hendak menternak babi. Tak serik-serik lagi dengan serangan JE di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu. Malah ianya disokong pula oleh parti yang memperjuangkan Islam. Mengapa Salahuddin kata perkara kerkenaan babi ini jangan diungkit? Kalau babi-babi ini kena penyakit siapa yang akan menghapuskannya sehingga ada diantara mereka terkena jankitan.

Tidakah Salahuddin terlupa yang pekerja-pekerja itu adalah terdiri dari orang-orang Melayu? Adakah Salahuddin hendak perkara ini berulang lagi. Semoden-moden mana ladang babi itu, kalau sudah diserang virus, tiada siapa yang dapat menghalang. Yang taukeh babi cuma tahu akan kerugian mereka sahaja. Yang nak menyempurnakan upacara “ pengkebumian babi “ adalah orang Melayu itu sendiri.

Takkan Salahuddin terlupa apabila semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004. Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi.

Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum". Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat.

Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004. Jadi kepada Salahuddin Ayob, sebelum hendak memberi alasan sila rujuk atau bertanya dahulu kepada Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz supaya nanti tidak bercanggah dengan apa yang telah dikatakan oleh kedua-dua pemimpin utama Pas itu. Tak tahu jalan, jangan malu bertanya?

Taminsari
Shah Alam

Jumaat, 21 November 2008

UMNO Masih Pilihan Terbaik Semua Kaum

Kalau rakyat memilih UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan Kerajaan baru dalam pilihanraya akan datang bermakna majoriti rakyat yakin seribu kali yakin dengan kepimpinan UMNO yang menjadi tulang belakang dalam keperkasaan BN. Ia juga memberi petunjuk bahawa rakyat Malaysia dari berbagai suku kaum menghormati dan menyanjung tinggi kepimpinan UMNO yang terus menerus menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan kemerdekaaan negara.

Sejak merdeka hingga sekarang majoriti orang Melayu tidak pernah menderhaka terhadap UMNO oleh kerana mereka menganggap UMNO itulah Melayu dan Melayu itulah UMNO.Justeru itu Melayu tidak ada pilihan lain untuk memperjuangkan nasib mereka kecuali UMNO. Parti-parti pembangkang tidak boleh mendabik dada bahawa mereka adalah payung perlindungan orang Melayu oleh kerana mereka tidak pernah menerajui kepimpinan kerajaan di peringkat Pusat.

Sekiranya Melayu mengharapkan pembangkang memperjuangkan kepentingan mereka bermakna mereka merelakan diri mereka, orang Melayu, sebagai bangsa pinggiran yang lemah dan tidak mempunyai kekuatan politik untuk memimpin Kerajaan. Memilih UMNO bererti hak dan kepentingan Melayu terjamin dan dengan sendirinya menjadikan Melayu sebagai pemimpin Kerajaan yang akan menentukan destinasi negara, agama dan bangsa.Rakyat Malaysia bertuah dan patut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berbagai bangsa dan suku kaum yang menjadi warganegara sanggup menerima kepimpinan Melayu menerajui Kerajaan pusat sejak merdeka hingga sekarang.

Sejak 51 tahun yang lalu orang Melayu memimpin Kerajaan dan membawa perubahan yang besar dalam kehidupan seluruh rakyat. Banyak negara berbilang kaum di dunia sukar menjamin kestabilan politik, perdamaian dan kesejahteraan untuk semua.Tapi para pemimpin Melayu dalam UMNO telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa mereka berjaya mengekalkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum dan kepimpinan Melayu tidak pernah dipertikaikan oleh bukan Melayu.

Peristiwa hitam 13 Mei 1969 menjadi pengajaran kepada semua bangsa dan suku kaum bahawa tanahair kita yang tercinta ini perlu dipupuk dan disirami perasaan muhibbah dan hormat menghormati antara satu dengan lain demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara serta kedamaian untuk semua.Oleh itu orang Melayu seharusnya sedar bahawa sekiranya mereka berpecah belah dan menyokong pembangkang bermakna mereka sendiri mengkhianati bangsa sendiri sekiranya orang Melayu hilang kuasa politik selepas pilihanraya diadakan.

Orang Melayu harus sedar bahawa tidak ada parti politik Melayu yang lain yang dapat menguasai kepimpinan negara tanpa kerjasama dengan orang bukan Melayu.Orang bukan Melayu memberi sokongan padu kepada BN kerana mereka yakin dengan kepimpinan UMNO yang mengutamakan perpaduan kaum dan bersifat adil kepada mereka.Hari ini bukan Melayu tidak mempertikaikan kepimpinan BN sebagai Kerajaan tetapi mereka bimbang perbalahan di kalangan masyarakat Melayu boleh menyebabkan UMNO kehilangan sebahagian dari kerusi yang ia sandang sekarang.

Kalau ini berlaku bermakna wakil rakyat UMNO dalam Parlimen akan berkurangan dan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan orang Melayu sebagai pemimpin kerajaan. Mereka bimbang kestabilan politik akan tergugat sekiranya UMNO lemah. Sekiranya kuasa politik orang Melayu menjadi lemah akibat UMNO kehilangan sebahagian dari kerusi Parlimen yang dipegangnya sekarang bermakna maruah dan penghormatan Melayu juga tercemar.Parti-parti pembangkang Melayu tidak boleh berbangga kerana UMNO hilang beberapa kerusi Parlimen yang dipegangnya sekarang bermakna maruah dan penghormatan Melayu juga tercemar.

Parti-parti pembangkang Melayu tidak boleh berbangga kerana UMNO hilang beberapa buah kerusi yang berpindah kepada mereka. Sekiranya pembangkang Melayu memenangi beberapa buah kerusi dari UMNO mereka masih lagi kekal sebagai pembangkang dan selaku pembangkang mereka tidak boleh melaksanakan dasar untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Akibatnya Melayu menjadi lemah oleh kerana perpecahan di kalangan Melayu menyebabkan kekuatan Melayu dalam kepimpinanan kerajaan lemah dan tidak berdaya mengimbangi kekuatan dan pengaruh bukan Melayu. Perlulah diingat kejatuhan kerajaan-kerajaan Melayu di zaman silam dan penjelmaan kuasa-kuasa asing dalam kancah politik orang Melayu adalah disebabkan oleh perpecahan dan kerakusan raja-raja Melayu di zaman silam.

Sejarah tragedi ini akan berulang sekiranya masyarakat Melayu berpecah-belah dan meruntuhkan kekuasaan Melayu yang wujud dewasa ini. Memanglah rakyat boleh mengubah selera politik mereka sekali dalam lima tahun melalui pilihanraya. Ini jaminan demokrasi yang kita amalkan.Tetapi sejak 51 tahun yang lalu rakyat telah memberi sokongan dan kepercayaan yang tulus ikhlas kepada UMNO untuk membela nasib mereka, dan kita dapat saksikan reformasi dalam berbagai bidang hidup rakyat yang dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO.

Tentulah tidak masuk akal orang Melayu menolak UMNO yang banyak jasanya kepada mereka untuk menyokong PAS atau Parti Keadilan Nasional yang tidak punya rekod kepimpinan negara langsung.Juga tidak masuk akal sekiranya orang Melayu terlalu taksub terhadap seorang pemimpin yang tercemar hingga sanggup menyingkirkan UMNO yang banyak berjasa dan berkorban untuk mereka. Fikirlah dengan mata hati yang terbuka.

Janganlah bangsa kita dianggap sebagai bangsa yang tidak tahu membalas jasa orang lain, yang tidak tahu menilai antara intan dengan batu jalanan. Janganlah sekali-kali bangsa kita hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara tergadai.Sepuluh tahun yang lalu pihak pembangkang membuat fitnah kononnya mereka membenci Tun Dr. Mahathir dan bukan UMNO. Bukankah Tun Dr. Mahathir pada masa itu adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia?

Membenci Mahathir bermakna membenci kerajaan yang dipimpin Mahathir.Ini bermakna pembangkang hendak mengelirukan fikiran rakyat supaya rakyat menolak UMNO/BN dan memilih pembangkang. Kita percaya orang Melayu tidak sebodoh itu.Kita yakin orang Melayu inginkan perubahan nasib, kemajuan dan pemimpin yang dinamik memimpin kerajaan . Justeru itu mereka mesti memberi sokongan penuh kepada parti politik yang banyak berjasa dan banyak membawa reformasi dalam kehidupan mereka.

Jasa Tun Dr. Mahathir besar. Usah kita nafikan itu hanya kerana diruntun oleh kemarahan dan emosi yang tidak terkawal. Jangan marahkan pijat kelambu dibakar. Jangan kita menjadi Lebai Malang menang sorak kampung halaman tergadai. Bangsa yang berjiwa besar adalah bangsa yang tahu menghargai jasa-jasa pemimpin, mempunyai maruah negara, bangsa dan agama.Kita bukan orang asing di tanahair kita tercinta, Malaysia. Inilah bumi subur yang memberi rezeki kepada kita dan langit biru yang kita junjung.

Selama 51 tahun negara kita mencapai kemerdekaan rakyat tetap setia kepada UMNO/ BN.Sekiranya pucuk pimpinan UMNO dianggap kurang memuaskan dan tidak mencerminkan perjuangan sebagai pembela rakyat sudah pasti UMNO sudah lama terkubur tanpa nisan dan tidak akan sampai 51 tahun memimpin kerajaan. Tetapi rakyat sedar dan tahu bahawa mereka tidak dapat mempercayai parti pembangkang yang ada untuk memimpin negara.Ya, memang mereka mahu pembangkang menegur kerajaan tetapi mereka tidak mahu mana-mana parti pembangkang memimpin kerajaan.

Mereka sedar pembangkang lebih banyak menabur angan-angan tentang jenis kerajaan yang mereka khayalkan dalam fikiran mereka.Kerajaan yang ada dan banyak berbakti tetap UMNO/BN. Memanglah orang ramai amat gemar mendengar pembangkang mengecam dan memaki-hamun kerajaan kerana ia merupakan keseronokan dan hiburan dalam politik. Tapi bila memberi undi dan memimpin kerajaan majoriti rakyat tetap memilih UMNO/BN.

Ini kenyataannya.Orang Melayu tidak ada pilihan lain kecuali UMNO untuk mewakili kepentingan mereka. Kalau mengharapkan PAS mereka terlepas. Hanya sibuk berkuntau dengan serban leso mereka sahaja. Harapkan Keadilan mereka akan mati beragan sebab ia hanya ingin memulihkan Anwar ( Abang Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ). Ini yang dijaja oleh isteri Anwar, Wan Azizah.Nampaknya PAS dan Keadilan lebih percaya kepada DAP untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dari UMNO hingga mereka sanggup menggugat kepimpinan UMNO yang banyak berjasa.

Tapi majoriti orang Melayu tahu kilat dalam kilau mainan politik DAP dan mereka akan menghanyutkan PAS dan Keadilan seperti mana majoriti orang Melayu menghanyutkan DAP dalam beberapa pilihanraya yang lalu.Yang lebih penting ialah sikap ahli-ahli dan para penyokong UMNO lebih dari 2 juta orang itu. Mereka mesti memberi sokongan padu kepada semua calon UMNO dan BN untuk mencapai kemenangan yang gemilang. Jangan sekali-kali menjadi gunting dalam lipatan atau talam bermuka dua.

Jangan sekali-kali ada ahli UMNO sanggup menjadi pengkhianat bangsa dan parti setelah menikmati rahmat Allah S.W.T dari perjuangan UMNO.Sekiranya seluruh ahli UMNO memainkan peranan mereka memenangkan semua calon parti, besar kemungkinan parti-parti pembangkang tidak berjaya menumbangkan BN dan menubuhkan kerajaan baru di bumi bertuah ini. Pendayung sudah ada di tangan, perahu sudah di air dan marilah kita bersama-sama dengan penuh semangat, sebagai patriot bangsa dan negara, menjamin kemenangan yang besar kepada UMNO/BN. Hanya Allah S.W.T yang menentukan segala tetapi ikhtiar dan usaha mestilah di pihak kita.

Taminsari
Shah Alam

Khamis, 20 November 2008

Di Sebalik Kelakuan MB Selangor ....



Apakah selama ini semua tindakan dan kelakuan yang mencetuskan kemarahan kaum Melayu dinegeri Selangor kita melihatkan sebagai langkah sumbang dan juga kesilapan Menteri Besarnya bernama Abdul Khalid Bin Ibrahim? Begitulah juga persoalannya apabila kita terikut-ikut dengan alunan irama Kopi Dangdut seorang Jeneral upahan Anwar Ibrahim, apakah kita dikira bijak merumuskan bahawa semua yang telah berlaku adalah dengan niat mahu menguji tahap kesabaran orang melayu khususnya dinegeri Selangor..?

Natijahnya nanti apabila orang Melayu Selangor marahkan semua keputusan dan kelakuan Khalid Ibrahim yang boleh dikatakan menghalalkan cara ini, maka dikuatiri berlakulah pelbagai bentuk bantahan yang akan menyemarakkan lagi keadaan. Mari kita senaraikan disini satu per satu diantara keputusan dan tindak tanduk Khalid yang telah menjadi isu kontrovesi dan mainan media disamping mendapat reaksi negatif rakyat melayu Selangor :-

  1. Mengumumkan projek ternakan babi secara besar besaran

  2. Tidak melantik Timbalan MB walaupun pihak istana telah maklumkan bahawa calon mestilah dikalangan wakil rakyat melayu supaya mampu menjadi wakil kepada Sultan atau pun MB dalam sebarang acara hal ehwal agama islam, ada yang melihat keputusan MB sebagai menjaga hati DAP dan sanggup melihat Dr Hassan Ali berputih mata.

  3. Disebaliknya, melantik Theresa Kok sebagai Exco paling kanan dan tempat duduk Yb Kinrara itu dalam Dewan Undangan Negeri pula bersebelahan dengan MB, apakah bermakna Khalid mengiktiraf Theresa sebagai Timbalan MB?

  4. Memberikan portfolio portfolio yang penting kepada Exco Exco kerajaan Selangor bukan melayu sebagai contoh – Perlaburan, Perindustrian & Perdagangan [Theresa Kok], Kerajaan Tempatan [Ronnie Liu], Pelancongan [Elizabeth Wong], Pembangunan Kampung Baru [Ean Yong Hian Wah].

  5. Membiarkan salah seorang Exco, Dr Xavier membuat kenyataan bahawa rumah ibadat semua agama dibenarkan pembinaannya seluas 10,000 kaki per segi dalam kawasan perumahan di Selangor.

  6. Mencadangkan kuota sebanyak 10% untuk bukan bumiputera memasuki UiTM.

  7. Membiarkan beberapa Exco bukan melayu yang diketuai oleh Ronnie Liu mengambil keputusan untuk mengantung Timbalan YDP MPAJ, Abdul Hamid Hussain daripada tugas setelah beliau melaksanakan tanggungjawabnya merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman di Ampang dimana tindakan untuk menggantung Abdul Hamid ini telah dipertikaikan sendiri oleh salah seorang Exco, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat Exco diadakan bagi mencapai keputusan tersebut [menjadi tanda tanya apakah ada kuasa Exco mencampuri soal pentadbiran PBT ataupun mereka telah melanggar bidang Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?]

  8. Khalid Ibrahim dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bahawa pemimpin tidak perlu membuang masa menziarah rakyat yang ditimpa kecelakaan dalam tragedi ribut melanda sebuah penempatan perumahan di Klang yang didiami oleh majoriti kaum melayu, tindakannya itu telah mendapat bantahan keras daripada seorang Ahli Parlimen PKR sendiri yang mendesak Khalid memohon maaf diatas kenyataan tersebut.
  9. Mencipta sejarah dengan melantik seorang bukan melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS yang belum pernah terjadi dalam pentadbiran anak syarikat kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Itulah adalah diantara kontrovesi beberapa isu panas yang dicipta oleh Khalid Ibrahim semenjak bergelar Menteri Besar Selangor. Sedar atau tidak bahawa apa yang telah dilaksanakannya itu juga boleh merupakan suatu percaturan politik, besar kemungkinan mendapat tunjuk ajar daripada Anwar Ibrahim.

Kalau dikupas daripada perkiraan sifir politik Anwar Ibrahim, parti tunggangannya itu bersama Pakatan Rakyat sudah tidak boleh lagi mengubah selera daripada kaum melayu yang tidak mempercayai perjuangan serta kekuatan gabungan Pakatan Rakyat. Dikalangan pemimpin yang mahu menjadi gurkha gurkha Anwar yakin bahawa hanya dokongan berterusan daripada kaum bukan melayu sahaja boleh menjamin mereka kekal mendapat sokongan tambahan seterusnya memungkinkan mereka merampas kerajaan pusat dalam pilihanraya akan datang.

Adalah lebih munasabah jika dikatakan tafsiran Tsunami Pilihanraya baru baru ini hanya boleh kita berikan kepada peralihan undi kaum bukan melayu. Ini terbukti dengan tersungkurnya ramai pemimpin pemimpin ternama BN seperti Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Kaveyas dan ramai lagi Yb Yb daripada MCA dan MIC hilang gelaran tersebut pada Pilihanraya ke 12.

Kalau dikira daripada prestasi parti komponen BN, masih ramai lagi wakil rakyat daripada UMNO kekal samada di DUN atau Parlimen dan ini jelas membuktikan bahawa undi kaum melayu masih tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian, semua tindak tanduk Khalid Ibrahim selama ini adakah mungkin sekadar mahu menguji kesabaran melayu di Selangor supaya berterusan memprotes dan dalam waktu yang sama senario ini akan menjadikan kaum bukan melayu terutamanya yang masih bersama MCA dan MIC akan melabelkan Melayu dan UMNO hanya mahu memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.

Ini amatlah berbeza dengan PKR yang pada awal mukadimah oleh Anwar Ibrahim sendiri sudah memberikan jaminan akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru sekiranya menduduki tampuk pimpinan kerajaan pusat. Sebagai contoh dalam isu PKNS, lihat sahajalah komen daripada beberapa pimpinan MCA yang berada dalam komponen BN….Adakah perlu sebuah parti yang bertunjangkan melayu, UMNO khususnya untuk melatah dan mempamerkan kemarahan kepada semua tindakan Khalid Ibrahim…?

Apakah disebalik sebarang reaksi negatif pimpinan UMNO dan NGO NGO melayu ini kesudahannya nanti akan terperangkap dengan muslihat politik Anwar, bermakna Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada kaum bukan melayu untuk memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka pada Pilihanraya akan datang. Lihatlah kesannya apa yang terjadi keatas undi kaum cina pada pilihanraya kecil Permatang Pauh setelah Anwar dan Khalid berjaya mainkan isu cadangan 10% - 20% kemasukan kaum bukan melayu kedalam UiTM.

Agak mustahil untuk diterima akal bahawa Khalid Ibrahim sanggup berterusan membuat keputusan demi keputusan yang mengundang kontrovesi serta api kemarahan kaum melayu di Selangor. Semoga UMNO akan lebih berhati hati dengan sifir politik Anwar Ibrahim….., sebarang tindakan daripada Khalid Ibrahim selepas ini haruslah diperhalusi sebaik mungkin!

Medan Info Kita


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor