Kalau rakyat memilih UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan Kerajaan baru dalam pilihanraya akan datang bermakna majoriti rakyat yakin seribu kali yakin dengan kepimpinan UMNO yang menjadi tulang belakang dalam keperkasaan BN. Ia juga memberi petunjuk bahawa rakyat Malaysia dari berbagai suku kaum menghormati dan menyanjung tinggi kepimpinan UMNO yang terus menerus menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan kemerdekaaan negara.Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Jumaat, 21 November 2008
UMNO Masih Pilihan Terbaik Semua Kaum
Kalau rakyat memilih UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan Kerajaan baru dalam pilihanraya akan datang bermakna majoriti rakyat yakin seribu kali yakin dengan kepimpinan UMNO yang menjadi tulang belakang dalam keperkasaan BN. Ia juga memberi petunjuk bahawa rakyat Malaysia dari berbagai suku kaum menghormati dan menyanjung tinggi kepimpinan UMNO yang terus menerus menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan kemerdekaaan negara.Khamis, 20 November 2008
Di Sebalik Kelakuan MB Selangor ....
- Mengumumkan projek ternakan babi secara besar besaran
- Tidak melantik Timbalan MB walaupun pihak istana telah maklumkan bahawa calon mestilah dikalangan wakil rakyat melayu supaya mampu menjadi wakil kepada Sultan atau pun MB dalam sebarang acara hal ehwal agama islam, ada yang melihat keputusan MB sebagai menjaga hati DAP dan sanggup melihat Dr Hassan Ali berputih mata.
- Disebaliknya, melantik Theresa Kok sebagai Exco paling kanan dan tempat duduk Yb Kinrara itu dalam Dewan Undangan Negeri pula bersebelahan dengan MB, apakah bermakna Khalid mengiktiraf Theresa sebagai Timbalan MB?
- Memberikan portfolio portfolio yang penting kepada Exco Exco kerajaan Selangor bukan melayu sebagai contoh – Perlaburan, Perindustrian & Perdagangan [Theresa Kok], Kerajaan Tempatan [Ronnie Liu], Pelancongan [Elizabeth Wong], Pembangunan Kampung Baru [Ean Yong Hian Wah].
- Membiarkan salah seorang Exco, Dr Xavier membuat kenyataan bahawa rumah ibadat semua agama dibenarkan pembinaannya seluas 10,000 kaki per segi dalam kawasan perumahan di Selangor.
- Mencadangkan kuota sebanyak 10% untuk bukan bumiputera memasuki UiTM.
- Membiarkan beberapa Exco bukan melayu yang diketuai oleh Ronnie Liu mengambil keputusan untuk mengantung Timbalan YDP MPAJ, Abdul Hamid Hussain daripada tugas setelah beliau melaksanakan tanggungjawabnya merobohkan kuil Sri Maha Kaliamman di Ampang dimana tindakan untuk menggantung Abdul Hamid ini telah dipertikaikan sendiri oleh salah seorang Exco, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat Exco diadakan bagi mencapai keputusan tersebut [menjadi tanda tanya apakah ada kuasa Exco mencampuri soal pentadbiran PBT ataupun mereka telah melanggar bidang Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?]
- Khalid Ibrahim dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bahawa pemimpin tidak perlu membuang masa menziarah rakyat yang ditimpa kecelakaan dalam tragedi ribut melanda sebuah penempatan perumahan di Klang yang didiami oleh majoriti kaum melayu, tindakannya itu telah mendapat bantahan keras daripada seorang Ahli Parlimen PKR sendiri yang mendesak Khalid memohon maaf diatas kenyataan tersebut.
- Mencipta sejarah dengan melantik seorang bukan melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS yang belum pernah terjadi dalam pentadbiran anak syarikat kerajaan negeri Selangor sebelum ini.
Itulah adalah diantara kontrovesi beberapa isu panas yang dicipta oleh Khalid Ibrahim semenjak bergelar Menteri Besar Selangor. Sedar atau tidak bahawa apa yang telah dilaksanakannya itu juga boleh merupakan suatu percaturan politik, besar kemungkinan mendapat tunjuk ajar daripada Anwar Ibrahim.
Kalau dikupas daripada perkiraan sifir politik Anwar Ibrahim, parti tunggangannya itu bersama Pakatan Rakyat sudah tidak boleh lagi mengubah selera daripada kaum melayu yang tidak mempercayai perjuangan serta kekuatan gabungan Pakatan Rakyat. Dikalangan pemimpin yang mahu menjadi gurkha gurkha Anwar yakin bahawa hanya dokongan berterusan daripada kaum bukan melayu sahaja boleh menjamin mereka kekal mendapat sokongan tambahan seterusnya memungkinkan mereka merampas kerajaan pusat dalam pilihanraya akan datang.
Adalah lebih munasabah jika dikatakan tafsiran Tsunami Pilihanraya baru baru ini hanya boleh kita berikan kepada peralihan undi kaum bukan melayu. Ini terbukti dengan tersungkurnya ramai pemimpin pemimpin ternama BN seperti Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Kaveyas dan ramai lagi Yb Yb daripada MCA dan MIC hilang gelaran tersebut pada Pilihanraya ke 12.
Kalau dikira daripada prestasi parti komponen BN, masih ramai lagi wakil rakyat daripada UMNO kekal samada di DUN atau Parlimen dan ini jelas membuktikan bahawa undi kaum melayu masih tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian, semua tindak tanduk Khalid Ibrahim selama ini adakah mungkin sekadar mahu menguji kesabaran melayu di Selangor supaya berterusan memprotes dan dalam waktu yang sama senario ini akan menjadikan kaum bukan melayu terutamanya yang masih bersama MCA dan MIC akan melabelkan Melayu dan UMNO hanya mahu memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.
Ini amatlah berbeza dengan PKR yang pada awal mukadimah oleh Anwar Ibrahim sendiri sudah memberikan jaminan akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru sekiranya menduduki tampuk pimpinan kerajaan pusat. Sebagai contoh dalam isu PKNS, lihat sahajalah komen daripada beberapa pimpinan MCA yang berada dalam komponen BN….Adakah perlu sebuah parti yang bertunjangkan melayu, UMNO khususnya untuk melatah dan mempamerkan kemarahan kepada semua tindakan Khalid Ibrahim…?
Apakah disebalik sebarang reaksi negatif pimpinan UMNO dan NGO NGO melayu ini kesudahannya nanti akan terperangkap dengan muslihat politik Anwar, bermakna Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada kaum bukan melayu untuk memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka pada Pilihanraya akan datang. Lihatlah kesannya apa yang terjadi keatas undi kaum cina pada pilihanraya kecil Permatang Pauh setelah Anwar dan Khalid berjaya mainkan isu cadangan 10% - 20% kemasukan kaum bukan melayu kedalam UiTM.
Agak mustahil untuk diterima akal bahawa Khalid Ibrahim sanggup berterusan membuat keputusan demi keputusan yang mengundang kontrovesi serta api kemarahan kaum melayu di Selangor. Semoga UMNO akan lebih berhati hati dengan sifir politik Anwar Ibrahim….., sebarang tindakan daripada Khalid Ibrahim selepas ini haruslah diperhalusi sebaik mungkin!
Medan Info Kita
Rabu, 19 November 2008
Kepimpinan Selangor semakin dicabar


NAMPAKNYA kepimpinan kerajaan campuran negeri Selangor semakin tercabar dari hari ke hari. Mungkin ada yang tidak sedar, hakikatnya itulah yang berlaku di negeri itu hari ini.Apa tidaknya, bertapa murahnya 'rezeki' kerajaan negeri ini sehingga dilimpahi dengan pelbagai isu yang tidak disukai ramai seperti projek ternakan babi, peruntukan 30 peratus Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk bukan Islam, pelantikan bukan Melayu dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan sebagainya.
Paling terbaru, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) mengancam untuk mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai tanda protes mereka terhadap kenaikan kadar sewa penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negeri itu. Kalau difikirkan, tindakan NGO itu mengugut untuk bertindak sedemikian mungkin tidak masuk akal dan lucu oleh sesetengah pihak.
Ini kerana, berbogel di khalayak ramai adalah satu perkara yang memalukan di kalangan masyarakat bertamadun dan waras lebih-lebih lagi jika seseorang itu memiliki susuk paras yang kurang enak dipandang. Malah, tindakan sedemikian juga dilarang dan ditegah dalam ajaran Islam selain menunjukkan bertapa rendahnya moral seseorang manusia itu. Namun, jika diteliti ugutan sedemikian realitinya ia tidak akan mungkin dilakukan oleh ahli Reformis berkenaan kerana pastinya mereka ini sudah tentu mempunyai 'air muka' masing-masing.
Tetapi, mungkin itu jugalah cara mereka menyatakan rasa tidak puas hati yang teramat sangat terhadap kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang dikatakan menekan rakyat negeri itu. Pendirian yang sama turut diutarakan oleh Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar melalui satu kenyataan menjelaskan bahawa ugutan untuk berbogel itu adalah satu simbol bahawa rakyat negeri itu dalam keadaan terlalu tertekan ekoran ketidakprihatinan kerajaan negeri serta kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam soal kebajikan di negeri itu.
Katanya, banyak tindakan dan keputusan kerajaan negeri tidak memihak kepada rakyat walaupun telah berjanji untuk menjadikan Selangor sebuah negeri berkebajikan pada pilihan raya umum, Mac lalu. Malah katanya, sehingga tempoh lebih 300 hari memerintah negeri itu, tiada sebarang usaha untuk mencapai sasaran sedemikian rupa lebih-lebih lagi ketika rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup.
"Ini satu cara kami boleh lakukan sebagai satu simbol mewakili golongan pendapatan rendah yang tertekan dalam meneruskan hidup di Selangor yang merupakan sebuah negeri maju," katanya. Menurutnya lagi, di Selangor masih ada rakyat tidak mempunyai kediaman yang sempurna. Malah, ada di antara kediaman mereka tidak kurang seperti pondok kebun durian termasuklah kediaman yang masih dibina di bawah pencawang elektrik serta di tebing-tebing sungai di negeri itu.
Apa yang dikatakan oleh Ramlan itu ada juga benarnya memandangkan Selangor masih lagi mencatatkan bilangan setinggan paling tinggi membabitkan 1,195 keluarga di 10 penempatan seluruh negeri itu setakat Mei lalu. Bagaimanapun, jumlah berkenaan tidak termasuk kawasan setinggan yang tidak dilaporkan melibatkan sembilan kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Selangor.
Sungguhpun begitu, rungutan rasa tidak puas hati oleh NGO berkenaan adalah satu daripada banyak masalah lain yang dikemukakan oleh pihak luar terhadap kerajaan negeri pakatan pembangkang. Banyak pihak turut meluahkan nada yang sama mengkritik dasar pentadbiran baru kerajaan negeri dalam pelbagai perkara seperti mengenepikan soal hak orang Melayu dan bumiputera seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hal ini dapat dijelaskan melalui tindakan kakitangan PKNS yang mengemukakan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri pada September lalu berhubung pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar anak syarikat kerajaan negeri itu yang didakwa lari daripada matlamat asal penubuhannya untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum tersebut di negeri itu.
Kerajaan negeri seharusnya faham bahawa keadaan sedemikian berlaku sebagai 'tanda-tanda awal' penolakan rakyat terhadap pendirian serta pentadbiran kerajaan negeri yang seolah-olah 'cakap tidak serupa bikin'.
Mungkin kerajaan negeri boleh memberi alasan bahawa bantahan dan rasa tidak puas hati yang dikemukakan terhadapnya adalah bermotifkan politik daripada pihak tertentu. Namun, mereka perlu fikir adakah alasan itu benar bermotifkan politik. Bagaimana kalau ia benar-benar datang daripada rakyat negeri itu sendiri.
Jika benar, jelaslah kerajaan negeri hari ini dilihat lebih suka menyalahkan pihak lain apabila berlaku penentangan terhadap mereka. Namun, kerajaan negeri sendiri tidak mahu berusaha mengambil jalan terbaik untuk menyelesaikan rungutan daripada rakyat. Mungkin keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang masih lagi khayal dengan kuasa yang diperolehinya selepas pilihan raya umum lalu sedangkan rakyat negeri itu sedikit demi sedikit telah mencabar pentadbiran mereka. - UM
Selasa, 18 November 2008
KERAJAAN SELANGOR TIPU PENDUDUK MISKIN : SEWA PPR NAIK 100%!!!


Sabtu, 15 November 2008
Majlis Gotong-royong Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor
Satu Majlis gotong-royong telah diadakan di kawasan Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor, Kuala Selangor. Majlis ini telah disertai bersama oleh wakil-wakil dari Cawangan UMNO Bahagian Kuala Selangor dan juga ahli-ahli UMNO dari Bahagian Kuala Selangor sendiri. Disamping melakukan kerja-kerja gotong royong, ianya diharap dapat mengeratkan lagi hubungan mesra antara ahli-ahli cawangan dan juga bahagian. Sesungguhnya dengan adanya majlis seperti , ahli-ahli dapat mengenali antara satu sama lain.
Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datuk Amiruddin selaku Ketua Bahagian UMNO Kuala Selangor dan juga AJK UMNO Bahagian yang lain. Majlis bermula dari jam 8.00 pagi sehinggalah ketengahari. Jamuan sarapan dan makan tengahari juga disediakan oleh ahli-ahli Wanita dan Puteri UMNO.
Khamis, 13 November 2008
Obama II Sepet, apa kata Anwar?
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat seharusnya dijadikan teladan politik di Malaysia. Mereka ini berpendapat Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti malah telah mengatasi halangan besar bagi memenangi jawatan tertinggi negara itu.
Apakah ini bermakna, secara diam-diam selama ini, Lim Kit Siang bercita-cita untuk menjadi PM ? Sebelum ini tidak diluahkan secara terang, tetapi setelah kemenangan Obama, wakil kaum kulit putih di Malaysia pun secara terbuka mengumumkannya. Sebelum ini yang kencang menawarkan diri bukan Lim Kit Siang tetapi Anwar Ibrahim dengan segala perancangan yang kononnya rapi, target 16 September, tetapi tidak menjadi kenyataan.
Apa pula perasaan Anwar apabila seorang lagi rakan pakatannya menawarkan diri menjadi PM? Sudah tidak percaya dengan kewibawaan Anwar kah, hingga terpaksa calon alternatif berkulit putih pula menawarkan diri ?
Begitulah resam Pakatan Rakyat, sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri. Walau nampak manis di depan, tetapi di belakang belum tahu. Walaupun pada permukaan bersetuju melantik Anwar sebagai bakal PM, tetapi di dalam hati, di belakang belum tentu. Siapa tidak mahu jadi PM, semua orang politik tergila-gila jadi PM, walaupun tidak layak. Anwar Ibrahim sendiri, sudah menawarkan diri jadi PM sejak tahun 1998. Ketika itu, satu tangga lagi, nak sampai ke takhta PM, tetapi jatuh tergolek terpaksa menjadi "PM" di Sungai Buloh.
10 tahun berlalu, tetapi cita-cita Anwar mahu jadi PM tidak pernah luput. Beritahu semua penyokong bahawa akan jadi PM pada 16 September. Beritahu seluruh dunia, 16 September yang lepas sepatutnya telah jadi PM, tetapi masih seperti dahulu, cita-cita hanya tinggal cita-cita, masih tidak kesampaian. Ada orang berkata Anwar tidak boleh jadi PM, kerana terlalu angkuh, kerana mengambil kuasa Tuhan boleh menentukan tarikh bilakah akan jadi PM. Kata orang lagi, jika Anwar tidak angkuh dan mampu bersabar serta berserah kepada Tuhan, mungkin 10 tahun lepas, dia telah menjadi PM.
Ketika Anwar laungkan mahu jadi PM, 16 September, orang yang tidak menyokongnya ialah Ibrahim Ali. Sepatutnya Ibrahim Ali menyokong Anwar jadi PM, 16 September kerana mereka berdua pernah berkawan baik dan sama-sama dipenjarakan di Kemunting. Sepatutnya orang yang pernah sama-sama berdemonstrasi, sama-sama menginap di Kemunting akan lebih kenal mengenal dan saling bantu membantu kerana dulu perjuangannya sama. Sama berdemo, sama dipenjara, sama masuk UMNO, sama dipecat UMNO, sama pandai berpidato, tetapi tidak sama tentukan siapa bakal PM.
Jadi kalau kawan baik sendiri seperti Ibrahim Ali, tidak sokong Anwar jadi PM, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam fikiran kawan baiknya itu, tetapi tidak diluahkan, demi menjaga air muka. Secara lantang, Ibrahim Ali melaungkan dia akan sokong Haji Hadi jadi PM, walaupun dia tahu, Anwar dan para penyokongnya menobatkan pemimpin defacto PKR itu jadi PM.
Haji Hadi lebih bijak, walaupun disokong Ibrahim Ali jadi PM, tetapi Hadi membalas dengan tersenyum, "Saya tak mahu menjadi PM Mat Jenin".
Apa-apa pun Anwar akan terus diam jika melibatkan soal orang melayu kerana menjaga hati penyumbang undi terbesar. Anwar akan terus diam dan diam tentang pencabulan hak orang melayu dan Islam demi mengejar takhta. Tapi akan terus melalak memaki hamun kerajaan selagi impiannya tak sampai.Gayanya seperti orang membaling batu sembunyi tangan.
Membenarkan maruah Islam dan Melayu diinjak-injak tetapi menafikannya dan berdiam diri, Ini bukan pemimpin sejati, ini pemimpin untuk tekak sendiri.
Tiada Obama minoriti di Singapura
Singapura ini dulu Temasik namanya. Sang Nila Utama adalah Raja Melayu yang pernah memegang tampuk kuasa di sana beratus tahun dahulu. Baginda berasal dari Sumatera dan bertanggungjawab dalam membuka negara pulau ini, Bagindalah menukar namanya dari Temasik ke Singapura. Memerintahnya selama 48 tahun dan mangkat serta dimakamkan di Bukit Larangan di pulau tersebut.
Dari Sang Nila Utama pulau ini bertukar tangan, melalui berbagai perubahan, dijajah, bergolak dan kini berdiri atas nama Republik Singapura. Tiada lagi Raja Melayu yang bersemayam di sini malah kuasa politik Melayu pun sudah semakin mengecil. Dari bumi Melayu, Singapura melalui evolusinya sendiri, menjadi masyarakat berbilang kaum dan kini didominasi oleh kaum Cina yang memegang tunggak kuasa lantaran besarnya bilangan mereka di sana hari ini. Itulah realiti politik Singapura hari ini.
Artikel ini ditulis tanpa mahu melelehkan sebarang sentimen perkauman takut nanti dicap "racist", kerana kini jika mempertikaikan kaum selain Melayu, akan dicop sebagai "racist" tetapi apabila Non-Malays mencaci, menghina, mempertikai agama dan bangsa Melayu tidak pula dicop sebagai "racist", "Demokrasi" kata Non-Malays begitu juga ada Melayu yang menyokongnya. Jadi sekadar mahu menunjukkan berbezanya sungguh suasana antara kita dan negara jiran kita itu.
Sabtu lepas PM Singapura Lee Hsien Loong telah hadir dalam satu majlis bersama pemimpin-pemimpin akar umbi Melayu di sana, berkebutlan kehadiran beliau dalam suasana Amerika Syarikat baru menyaksikan seorang kulit hitam (yang merupakan penduduk minoriti di Amerika) menang menjadi Presiden negara yang didominasi sebelum ini oleh warga kulit putih.
Lalu dalam majlis tersebut beliau ditanya apakah Singapure bersedia untuk menerima seorang dari kaum minoriti menjadi PM. Kata Lee boleh tetapi tidak dalam waktu yang terdekat. Alasannya masyarakat Singapura masih terdorong dengan isu perkauman walaupun ia sudah semakin berubah.
Suatu ketika dahulu semasa Lee seorang Jeneral dalam Tentera Singapura, ada dilontarkan pertanyaan apakah Tentera Udara Singapura bersedia mengambil anak Melayu Singapura menjadi juruterbang jet penggempurnya (fighter pilot), kata Lee ketika itu, Singapura belum bersedia kerana bimbang akan ketaatan juruterbang itu kiranya Singapura bertegang dengan negara jirannya!
Di simpulkan selagi PM ini menjadi PM Singapura, memang tiadalah tempat buat golongan minoriti di sana, khasnya orang Melayu. Ini berbeza dengan sejarah Obama kerana orang kulit hitam tidak pernah menjadi kaum majoriti di Amerika sedangkan Sang Nila Utama pernah menjadi Raja!
Obama menawarkan diri jadi Presiden Amerika buat pertama kali dan terus berjaya, tetapi Anwar mengambil masa 10 tahun dengan beberapa kali percubaan tetapi masih gagal. Setelah Anwar masih gagal, muncul pula Obama II Sepet berkulit putih, Lim Kit Siang pula menawarkan diri.
Rabu, 12 November 2008
Pas ditipu Anwar ditipu DAP
Dilihat penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong.
TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.
- "Pas gagal hormati prinsip Islam."
- "Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
- "Pas gagal majukan umat Islam."
- "Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
- "Dakwah Pas bukan cara Islam."
- "Hujah Pas timbulkan fitnah"
- "Pas hanya tonjol imej Islam palsu"
- "Pas rela korbankan umat Islam"
- "Pas telah ketepikan prinsip dakwah"
- "Pas khianati orang Melayu"
- "Pas tak ada akhlak"
Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.
Pas gagal hormati prinsip Islam
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)
Anwar: Supporters of Pas brainwashed
KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)
Pas gagal majukan umat Islam
RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)
Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.
Anwar bidas taktik kotor Pas
DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)
Pas hanya tonjol imej Islam palsu
PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)
Pas rela korbankan umat Islam: Anwar
KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)
Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....
Anwar seru rakyat tolak Pas
HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)
Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.
Pas khianati orang Melayu
CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)
Pas cemar ukhuwah Islam
BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)
Parti lawan tak ada akhlak
KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995)
Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.
PULAU PINANG MARKAZ PELIWAT (GAY)
Homoseksual di sebalik pusat kecergasan.
Begitulah rahsia dua buah pusat kecergasan di Pulau Tikus dan sebuah lagi di Prai yang dibongkar oleh polis kelmarin. Dalam tiga serbuan berasingan bermula pukul 5 petang hingga 8.30 malam itu, lebih 70 lelaki termasuk dua rakyat warga asing dipercayai kalangan homoseksual ditahan. Semasa diserbu ketiga-tiga buah pusat kecergasan yang menyedia khidmat sauna dan spa itu kelam-kabut kerana sebahagian daripada pengunjungnya sedang beraksi tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di dalam bilik. Malah ada di kalangan mereka hanya bertuala semasa serbuan.Polis yang memeriksa ketiga-tiga pusat kecergasan tersebut juga menemui kondom-kondom baru dan kondom lama serta losyen. Dua buah pusat kecergasan yang diserbu di Pulau Tikus terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain.
Bagaimanapun dipercayai ketiga-tiga buah pusat kecergasan tersebut dimiliki orang berlainan. Hanya servis 'ekstra' yang ditawarkan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia 20 hingga 50-an. Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri bermula pukul 5 petang hingga pukul 8.30 malam. (KOSMO ONLINE)
ULASAN:
Mungkin penyokong PKR tidak terkejut dengan pendedahan ini kerana kemungkinan besar kumpulan GAY ini mula berani berkampung kerana BIG BOSS mereka ada di Pulau Pinang. Sewaktu Pilihanraya Permatang Pauh, ada diberitakan bahawa ramai dikalangan kumpulan GAY datang ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada Anwar. Mengapa? Mungkin ramai seakan tidak percaya. Tetapi sekarang, jelas terbukti bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP melindungi aktiviti kaum Nabi Luth.
Ini adalah kerana laungan Demokrasi dan Kebebasan menjadi wadah manifesto DAP yang menyatakan "Lindungi hak kebebasan beragama, penyelenggaraan rumah-rumah ibadat, masyarakat madani dan identiti kepelbagaian budaya kita". Apakah maksud "identiti kepelbagaian budaya kita" membawa maksud menghalalkan perbuatan kepelbagaian agama-agama mereka?
DAP LINDUNGI PUSAT HIBURAN MILIK BANGSA MEREKA
DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang
Di Miami pun ada Democratic Party, lebih kurang sama jugalah kedua-duanya pro-maksiat dan mungkar. Masalah pusat hiburan di Pulau Pinang pernah didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri, Dato' Salleh Mat Rashid bahawa kebanyakan permis hiburan melanggari syarat dan melaksanakan berbagai kesalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pelacuran secara luas.
Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP). DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi.
Kenyataan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaacob juga harus diberi perhatian kerana terdapat permis hiburan mempermainkan tindakan penguatkuasa apabila tidak menghiraukan tindakan sepertimana yang berlaku di Jin Bei Hotel dan Pub No 151, Jalan Burmah, Georgetown yang telah diserbu sebanyak tujuh kali tetapi terus beroperasi. (bagaimana mereka nak takut...mereka sendiri dilindungi oleh beberapa oang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang).
MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001," ujarnya.
Dulunya PAS memperkatakan perlu ditutup kilang-kilang arak, judi dan maksiat dan kini apabila Selangor yang dikuasai PKR yang bertopengkan DAP tidak pula kedengaran suara-suara Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS membantah kepada Anwar. Begitu juga di Perak yang kini sedang bercambah pusat-pusat hiburan dan terdapat juga rumah-rumah ibadat yang sedang dalam proses pembesaran. Berbagai tohmahan kepada UMNO dulu kini berbalik kepada PAS.
TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR.
PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM
Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.
PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.
Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.
Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya. Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.
Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk. DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.
Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa. Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.
Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini. Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.
Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?
Suara Politik
Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor