Ahad, 26 Mei 2013

Rodziah kata tiada bukti dakwa penyandang Exco PR Selangor buka 21 klinik?


Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang! Dakwaan seorang penyandang Exco kerajaan Selangor membuka 21 klinik dan mempunyai wang simpanan kira-kira RM65 juta dalam tempoh lima tahun pentadbiran PR Selangor belum dapat dipastikan.

Penyandang Exco yang juga Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, beliau tidak pasti tentang perkara tersebut kerana seperti umum maklum selaku Exco, individu berkenaan tidak dibenarkan menjalankan perniagaan.

"Syarat untuk menjadi Exco adalah tidak menjalankan perniagaan malahan ini termasuk perniagaan dalam negeri. Bukan itu sahaja keluarga juga tidak dibenarkan.

“Jadi sekiranya sebelum ini beliau (Exco) seorang peniaga atau usahawan dia kena isytihar bahawa telah memiliki harta berkenaan sebelum dilantik menjadi Adun atau Exco,” katanya di Kongres Nasional Keadilan ke-9, di sini, semalam.

Kelmarin Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM) menggesa kerajaan negeri menyiasat seorang penyandang Exconya yang didakwa membuka 21 klinik dan memiliki wang simpanan kira-kira RM65 juta dalam simpanan dalam tempoh lima tahun pentadbiran PR di Selangor.

Menurut Presiden PKIM, A Prakash, dengan hanya mengumpulkan pendapatan bulanan sebagai seorang Exco dan juga Adun, individu itu tidak akan mampu membuka klinik dan mempunyai baki tersimpan sebanyak itu.

Mengulas dakwaan itu, Rodziah berkata, masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya mendakwa seseorang pemimpin itu melakukan korupsi.

“Kalau harta atau wang yang dimiliki sebelum beliau menjadi seorang Adun atau Exco tidak ada salahnya.

“Tetapi saya yakin di Selangor polisi kerajaan telah menggariskan seseorang Exco dan Adun tidak boleh berurusan di luar portfolionya kerana bimbang berlakunya conflict of interest,” katanya.

Menurutnya, pengisytiharan harta adalah perkara wajar dan Selangor telah memulakannya untuk memastikan tiada Adun atau Exco yang mengambil kesempatan.

“Pendekatan ini juga turut dilaksanakan negeri-negeri yang dikuasai PR untuk mencerminkan tiada amalan korupsi dan salah guna kuasa.

“Kita harap dengan adanya pendekatan ini memudahkan proses ‘check and balance’ membuatkan rakyat selesa apabila mengetahui status ketelusan wakil rakyat yang dipilih mereka,” katanya.

Rodziah berkata, beliau turut menyambut baik cadangan BN untuk melaksanakan pendekatan ini (isytihar harta) dan diharapkan berterusan bukan sekadar cakap manis.

“Di Selangor kita boleh tengok di laman web harta-harta yang dimiliki pimpinan PR agar memudahkan rakyat menyemaknya,” katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor