Rabu, 13 April 2011

Jepun harap lebih banyak kerjasama dengan Malaysia!

Jepun berharap lebih banyak kerjasama dengan Malaysia dapat diadakan di masa hadapan, terutama dalam sektor alam sekitar dan tenaga, kata Duta Besar Jepun yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya di Malaysia tidak lama lagi, Masahiko Horie.

Horie berkata Jepun sentiasa menjadi salah satu daripada pelabur penting kepada Malaysia, dan ketika ini terdapat kira-kira 1,400 syarikat beroperasi dalam negara.

Dagangan antara kedua-dua negara terus berkembang baik dengan jumlah dagangan tumbuh kira-kira 10 peratus kepada RM132.8 billion pada tahun 2010 berbanding 2007.

Beliau yang menggambarkan Institut Teknoloji Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) sebagai hasil penting yang disemai menerusi Dasar Pandang Ke Timur berkata, MJIIT akan mula membuat pengambilan pertama September ini.

"Ia akan menjadi satu pusat kecemerlangan di Asia di mana pendidikan kejuruteraan cara Jepun akan ditampilkan di Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Horie akan kembali ke Jepun pada 28 April ini selepas menamatkan tempoh perkhidmatannya di Malaysia selama tiga tahun dan tujuh bulan.

Katanya beliau bangga dengan pelbagai kejayaan penting yang dicapai antara Jepun dan Malaysia sepanjang perkhidmatannya di sini.

"Antaranya termasuk lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jepun pada bulan April tahun lepas, yang menyaksikan pemimpin kedua-dua negara menandatangani “Pernyataan Bersama Pemimpin Jepun-Malaysia” dan “Peningkatan Perkongsian Di Alam Baru”.

Horie berkata rakyat Jepun juga amat terharu dengan kebaikan dan keikhlasan hati rakyat Malaysia yang menunjukkan rasa simpati ekoran kejadian gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda Malaysia pada 11 Mac lepas.

Menurutnya beliau merasa tersentuh dengan ucapan takziah dan simpati yang disampaikan menerusi sesi khas Dewan Rakyat bulan lepas dan juga misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia baru-baru ini.

"Banyak yang saya pelajari sepanjang perkhidmatan saya di sini. Apabila saya kembali ke Jepun nanti, saya pasti akan beritahu rakyat supaya “Pandang Ke Barat” dan belajar dari Malaysia.

Orang berbudi, kita berbahasa..

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor