Khamis, 2 September 2010

Gelaran ‘Datuk’ kepada Tun Dr. Ling Liong Sik digantung!

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya Darjah Kebesaran Negeri yang membawa gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik digantung.

Beliau yang juga bekas Presiden MCA menerima anugerah tersebut yang membawa gelaran Datuk itu pada 1992.

Turut digantung anugerah kebesaran ialah bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @Phang Ai Tu yang sebelum ini telah dikurniakan ahli Darjah Kebesaran Datuk Sultan Salahudidin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A) yang membawa gelaran Datin Paduka pada 2001.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, keputusan itu dibuat hasil perundingan dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang kali ke-127 pada 19 Ogos lalu.

Beliau berkata, baginda berkenan membuat kedua-dua keputusan tersebut setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas mereka adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Liong Sik kini didakwa mengikut Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 29 Julai lalu atas tuduhan menipu kerajaan dalam skandal PKFZ.

Oi Chooi pula didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu, juga ada kaitan dengan projek tersebut di Mahkamah Sesyen Klang pada akhir tahun lalu.

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor