Ahad, 18 Julai 2010

Wujud penyelewengan pembelian pasir oleh KSSB - Noh Omar!

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Beliau mendakwa, daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4.00 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli."Atas keistimewaan ini, saya difahamkan syarikat itu telah mengambil kesempatan dengan menjadi broker penjualan pasir kepada syarikat-syarikat lain dan membuat keuntungan besar.

"Adakah syarikat itu menjadi proksi mana-mana parti politik. Apa muslihat kerajaan negeri sehingga beri cukup keistimewaan kepada syarikat itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit.

"Syarikat-syarikat terbabit menyalahgunakan keistimewaan itu dengan tidak membayar kepada KSSB selepas mengorek pasir. Sikap pilih kasih ini juga menyebabkan KSSB hanya jadi alat dan kuda tunggangan kepada syarikat-syarikat tertentu,” katanya.Noh mendakwa KSSB juga membenarkan pihak kontraktor memproses dan menjual pasir halus di kawasan melombong tetapi mengeluarkan resit yang menyatakan bagi pengeluaran pasir kasar.

Terdapat juga kemungkinan Pejabat Tanah di tipu oleh KSSB dalam soal pembayaran doket. KSSB membayar doket sebanyak RM3.00/tm. Mengambil contoh Lot 19439 di Rawang pada tahun 2009. KSSB membayar sebanyak RM 30k untuk pengeluaran 10,000 tm pasir dengan kadar bayaran RM3.00 bagi setiap 1 tm. KSSB pula mengenakan bayaran doket kepada sebuah syarikat kontraktor sebanyak RM8.00 bagi setiap 1 tm.

Bukti yang didapati adalah syarikat berkenaan telah membayar KSSB sejumlah RM116,400 bagi pengeluaran 14,550 tm pasir 4550 tm daripada apa yang diistiharkan oleh pihak KSSB kepada Pejabat Daerah Gombak. Ini bermakna pihak KSSB telah menipu Pejabat Tanah Gombak!

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor