Sabtu, 24 April 2010

P94 Hulu Selangor : Kini Giliran Pas Kehilangan Ahli!

Ariff Kamaruddin (tengah) yang mengumumkan keluar Pas menunjukkan kad keahliannya yang turut dipotong. Beliau kemudian menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ahmad Maslan (kanan) di Hulu Selangor, semalam.

Selepas dua hari berturut-turut ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pengumuman keluar parti di kawasan Parlimen ini, hari ini, giliran Pas pula berdepan dengan situasi tersebut.

Kali ini membabitkan 20 ahli Pas diketuai Ariff Kamaruddin yang merupakan penggerak Pas yang aktif di peringkat akar umbi. Ariff yang lebih dikenali sebagai Pak Tam oleh penduduk setempat berkata, tindakan itu berpunca daripada kekecewaannya melihat struktur parti yang amat lemah.

Katanya, pemimpin Pas juga tidak pernah bertanya khabar penyokong akar umbi dan kerana itulah beliau tidak pelik parti itu tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat. "Saya telah membuat perbandingan antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO, secara ikhlas saya ingin tegaskan bahawa tiada parti lain yang dapat menandingi UMNO.

"Saya juga yakin kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membawa Malaysia ke peringkat yang lebih baik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Selain menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, beliau secara simbolik turut menggunting kad keahlian Pas di hadapan wakil media.

Dalam perkembangan berkaitan, Ariff berkata, beliau sebenarnya pernah memohon untuk membuka cawangan Pas di pekan Kuala Kubu Bharu. Katanya, permohonan itu bagaimanapun ditolak tanpa sebab-sebab yang konkrit. Lantaran itu, katanya, ahli-ahli Pas yang sepatutnya berdaftar di cawangan baru itu 'ditaburkan' ke cawangan berhampiran.

Sementara itu : Khalid tidak bimbang ahli keluar PKR

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim tidak bimbang dengan tindakan beratus-ratus ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu sejak kebelakangan ini. Beliau percaya tindakan tersebut tidak menjejaskan peluang pakatan pembangkang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor kerana ahli yang mengisytiharkan keluar parti bukannya pengundi di Hulu Selangor.

Sambil mengakui peluang untuk menang hanya 50 peratus, beliau sebaliknya mendakwa jumlah mereka yang menyertai PKR lebih ramai daripada yang keluar tetapi tidak dihebahkan. 'Mereka yang keluar tidak menjejaskan parti kerana mereka orang luar. Tetapi persaingan pada pilihan raya ini sengit," katanya kepada pemberita selepas berkempen di Dewan Felda Sungai Buaya di sini hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, ramai pemimpin PKR yang mengumumkan mereka hilang kepercayaan terhadap parti itu dan terbaru 200 ahli dan pemimpin parti itu di Kalumpang juga mengambil langkah yang sama. Dalam pada itu, Abdul Khalid memberitahu, ekoran begitu ramai yang keluar parti, beliau akan mencadangkan supaya ahli terbabit hanya dibenarkan menyertai semula parti itu selepas tiga tahun.

''Ini bagi memastikan mereka yang menyertai PKR sedar, mereka tidak boleh masuk dan keluar parti sesuka hati. ''Bekas ahli yang mahu masuk semula akan dipertimbangkan setelah tiga hingga lima tahun meninggalkan parti," ujarnya.

Sebelum itu : PKR kini umpama kapal bocor

Gelombang pemimpin dan ahli keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin memuncak kebelakangan ini. Sepanjang bulan April ini sahaja, lebih 700 ahli telah mengumumkan keluar parti itu, menjejaki lebih ramai rakan seperjuangan mereka yang lebih awal meninggalkan PKR. Sebahagian besarnya memberi alasan kecewa dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti itu yang dilihat tidak memperjuangkan rakyat sebaliknya mementingkan kuasa dan perjuangan individu.

Fenomena gelombang keluar parti dalam PKR itu seolah-olah ia seperti kapal yang sudah bocor dan menunggu masa untuk karam. Ia bermula pada 13 April lalu, apabila 200 anggota PKR Cawangan Taman Tunku Putra di Kulim yang diketuai G. Thanagaran beramai-ramai mengisytihar keluar parti.

Lebih mengejutkan apabila pada 15 April, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. Pengumuman Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat, salah seorang pengasas PKR untuk keluar parti pada 19 April, juga menimbulkan kejutan besar.

Ramai yang tidak percaya Dr. Halili yang pernah menjadi doktor peribadi dan tempat rapat Anwar boleh meninggalkan parti itu. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk menjelaskan, sebuah parti politik akan mula kehilangan ahli seperti yang berlaku kepada PKR sekarang disebabkan kecewa perjuangan asal parti diabaikan.

Beliau berkata, sebagai parti serpihan, keadaan ini memang dijangka akan berlaku kerana nilai kepercayaan terhadap perjuangan parti lama kelamaan akan mulai tumpul. “Pada awal penubuhan, PKR bermatlamat untuk mengadakan reformasi dalam politik di negara ini.
“Bagaimanapun, segala yang diimpikan semakin hari semakin sukar untuk menemui kejayaan,” katanya.

Tambah Azeem, perjuangan PKR lebih kepada usaha peribadi iaitu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Sehubungan itu, katanya, ahli mula rasa kecewa kerana perjuangan yang diharapkan selama ini semakin bertukar haluan.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional ( BN ).

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor