Rabu, 10 Februari 2010

Kesal kerajaan negeri penting politik daripada kebajikan rakyat!

Para penduduk setempat mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang terlalu memikirkan hal-hal politik daripada menjaga kebajikan mereka.

Rata-rata mereka di sekitar ibu negeri Selangor ini menyatakan, sehingga kini tiada satu rancangan atau program khusus untuk membantu kebajikan rakyat di kawasan Parlimen itu yang kini dipimpin oleh Yang Dipertua Pas, Khalid Abdul Samad.

Jelas mereka, usaha membela kebajikan rakyat belum lagi dapat dilihat termasuk janji-janji yang dipersembahkan oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu yang masih banyak belum dilaksanakan.

Seorang penduduk, Agus Zaini, 50, menyifatkan tindakan kerajaan negeri yang terlalu mempolitikkan isu-isu membabitkan kebajikan rakyat tidak sewajarnya dilakukan kerana ia jelas akan menyusahkan rakyat pada masa depan. Menurutnya, sebagai sebuah kerajaan yang dipimpin oleh rakyat, adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan ahli Parlimen (Khalid) untuk memastikan usaha pembangunan itu dapat dilaksanakan, bukannya menarik rakyat ke dalam isu-isu politik kepartian hanya kerana mahu mengukuhkan kuasa mereka.

"Walaupun pada dasarnya pembangunan di Shah Alam ini telah tersedia oleh kerajaan dahulu (Barisan Nasional), tapi masih ada lagi perkara yang perlu ditumpukan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan ini. "Contohnya, janji kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya lalu untuk menurunkan cukai pintu 20 peratus dan cukai premis kedai 10 peratus masih belum dilakukan hingga ke hari ini.

"Saya sebenarnya masih menunggu janji itu, mungkin rakyat lain pun sama," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai pentadbiran kerajaan negeri pakatan pembangkang serta usaha untuk membela kebajikan yang telah dilakukan sejak mentadbir Selangor hampir dua tahun lalu.

Pandangan yang sama turut diluahkan oleh peniaga kedai runcit, Tini Mustori, 50, yang menegaskan bahawa kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas hari ini dilihat lebih banyak mementingkan isu-isu politik daripada rakyat sendiri.

Sebagai contoh, di Shah Alam sendiri, masih banyak jalan-jalan rosak belum diperbaiki oleh pihak bertanggungjawab di kawasan ini termasuk di Seksyen 8 di sini. Malah katanya, janji-janji seperti memberikan elaun RM75 sebulan yang dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak, elaun kepada ibu tunggal yang layak termasuk bayaran elaun suri rumah sepenuh masa masih juga belum dilunaskan.

"Saya fikir, rakyat tidak lupa janji yang telah diberikan kepada mereka, tetapi kita bimbang kerajaan negeri pula yang lupa akan janji mereka. "Jadi saya harap kerajaan negeri dan ahli Parlimen supaya dapat membuat sesuatu bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela bukannya memikirkan soal politik yang tidak ada kena mengena dengan kami," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Sugiono Jamak, 44, memberitahu, sebagai rakyat Selangor dan menetap di Shah Alam, beliau amat mahukan soal kebajikan menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam apa juga tindakan dan keputusan. Katanya, sebagai rakyat biasa yang tidak ada kepentingan dalam mana-mana parti politik, beliau hanya mahukan kebajikannya serta rakyat lain terbela sama ada dari segi sosial dan ekonomi termasuk keselamatan.

"Jika di Selangor ini khususnya Shah Alam selalu saja ada perbalahan demonstrasi, perhimpunan yang ada kaitan dengan kerajaan negeri dan politik, bagaimana pula dengan nasib kita sebagai rakyat. "Kebajikan kita sebagai rakyat ini macam mana, sampai bila kita nak tunggu kerajaan negeri nak berikan perhatian?" katanya.

RAKYAT SHAH ALAM MENAGIH JANJI PILIHARAYA! WAKIL RAKYAT SIBUK MEMPERTAHANKAN PIHAK GEREJA DENGAN KALIMAH ALLAH nya DAN MENIKAM RAKAN SENDIRI DI DALAM PARTI! PATUTKAH ORANG LUAR DARI SHAH ALAM INI DIKEKALKAN PADA PRU KE-13 NANTI! SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN....!


Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor