Sabtu, 25 Julai 2009

Kenyataan Abdul Hadi singgung masyarakat Iban!

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramahnya semasa kempen parti itu pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan, 11 Julai lalu telah menyinggung perasaan masyarakat kaum Iban di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kenyataan yang dibuat Abdul Hadi itu telah 'merendah-rendahkan' masyarakat Iban khususnya di Lubok Antu.

Menurutnya, Abdul Hadi sebagai seorang yang bijak seharusnya meminta maaf di atas kenyataannya itu yang dibuat berdasarkan fakta yang tidak benar. ''Beliau mungkin berpandangan jauh dan cuba membuat kesimpulan berdasarkan imaginasinya tanpa berdasarkan fakta yang benar.

''Kenyataan beliau itu telah menyinggung komuniti Iban terutamanya di Lubok Antu dan setiap orang yang berfikiran waras seharusnya memohon maaf atas kenyataan mereka itu," katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan rakyat Batang Air tidak tahu mengundi kerana mereka masih pakai cawat lagi.

Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata; "Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas," katanya.

Jabu menjelaskan, masyarakat Batang Air masih berpakaian normal dan tidak memakai cawat sebagaimana dakwa Abdul Hadi. Menurutnya, masyarakat Iban hanya memakai pakaian tradisi sekiranya menari tarian tradisional mereka.

Beliau menarik perhatian Sarawak merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan orang yang mengundi parti itu merupakan orang yang mempunyai fikiran yang waras dan wajar sahaja.
''Walaupun beliau berhak untuk membuat komen, tetapi kenyataannya itu tidak benar kerana hanya orang yang yang berfikiran waras sahaja yang mengundi untuk BN," tegas beliau.-UM

Komen : Teringat pula apabila Ustaz Hadi memanggil dengan panggilan " celaka " kepada mereka yang menyokong Matematik dan Sains dalan bahasa Inggeris?

Warna-warni politik
Torashah

1 ulasan:

Arif Omar berkata...

politik pelacur inilah jadinya. nak popular semua nak beri percuma pada rakyat. dari air letrik dsb. sekarng duit habis. padan muka dia


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor