Ahad, 28 Jun 2009

'Minta ampun kepada Tuhan'

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak perlu memohon maaf kepada UMNO tetapi meminta ampun kepada Tuhan atas kenyataannya menyamakan parti itu seperti komunis dan ajaran sesat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak perlu meminta maaf kepada UMNO walaupun ada pemimpin UMNO yang mendesak pemimpin Pas tersebut berbuat demikian.

"UMNO ini parti politik, walaupun ada kawan-kawan yang minta beliau minta maaf kepada UMNO tetapi bagi saya, dia tidak payah minta maaf kepada UMNO, dia kena minta ampun kepada Tuhan.

"Itu adalah tuduhan daripada seorang Islam kepada Islam yang lain dan ia adalah amat berdosa. Sama ada berdosa kecil atau berdosa besar, itu kita serah kepada Nik Aziz sendiri menilainya. Sebagai seorang ulama, mesti dia lebih tahu," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bersama Pewaris Muda Negara (Pewaris) 2009 di Kampung Jayor dekat sini hari ini.

Mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyamakan UMNO seperti komunis dan ajaran sesat, beliau berkata, UMNO adalah parti yang jauh lebih Islam daripada Pas dan telah lama memperjuangkan syiar Islam di negara ini.

"Dalam perlembagaan UMNO pun, kita letak syiar Islam dalam negara kita. Bila dia kata UMNO macam Ayah Pin, parti komunis, ini adalah tuduhan berat.

"Jangan hukum kita. Pas pun pernah kata UMNO ini kafir, tapi tak tahulah siapa yang kafir, siapa yang Islam. Bagi saya, dia bukan merapu tetapi lebih daripada merapu dan agaknya Pas sudah lari daripada perjuangan Islam yang diperkatakan diperjuangkan parti itu," katanya.
Menurutnya, mungkin kini adalah masa yang sesuai bagi golongan ulama yang tidak ada kepentingan politik bersuara dan membuat teguran untuk menyatupadukan orang Islam di negara ini.

"Ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur kepincangan dalam parti politik tidak harus dianggap mencampuri urusan politik.

"Baru-baru ini saya berpeluang duduk dengan Harussani dan beliau menyampaikan pandangannya, ini mungkin masa paling sesuai bagi golongan ulama yang tidak mempunyai kepentingan politik membantu menyumbang kepada perpaduan Melayu," katanya.

Sumber : LUQMAN HAZIQ dan KAMIL MASLIH
Warna-warni politik Torashah

1 ulasan:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Menyirap rasanya bila N.Ajis ni menyatakan TS Harussani tak pandai tentang politik Islam hanya kerana tidak sependapat dengannya. Sebenarnya politik yang dibawa N.Ajis ni tidak lebih daripada POLITIK SAMPAH-SARAP je. (Itu kiasan dari saya saje....)


Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor