https://youtu.be/LAj9gVnwg-k
Klip video berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sesi ceramah yang menggambarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai `pencuri harta negara tersebar di laman sosial.
Video berdurasi lebih seminit itu juga menunjukkan Anwar memberi sebab mengapa Dr. Mahathir memecatnya dan tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri pada masa itu. “Antara orang yang paling takut saya menjadi Perdana Menteri adalah Dr. Mahathir.
You tahu apa pasal dia takut? Sebab harta sudah banyak, harta anak-anaknya berpuluh-puluh bilion. “Tengok kontrak Petronas, Kencana Petroleum, Mokhzani Mahathir.
Semua dia angkut, tiada Melayu, Cina, Dayak atau bangsa lain pandai berniagakah? Semua anak dia punya,” katanya. Dalam video itu, Anwar turut mempersoalkan keputusan Malaysia Airlines (MAS) semasa Dr. Mahathir menjadi Penasihat syarikat penerbangan tersebut.
“MAS hanya akan beli minyak daripada syarikat milik anak beliau iaitu Petron selama enam bulan.
“Bukan tu saja, Mahathir punya anak, Mirzan, beli bir punya syarikat, St. Miguel di Filipina dengan harga RM2.9 bilion secara tunai.
Mana dapat duit? Menang loteri tiap harikah? “Saya mahu tanya, negara ini bapak you punya atau rakyat punya? Kalau rakyat punya, hentikan benda mengarut ini sekarang,” katanya.
Suara P
Pentas UMNO Bandar Puncak Alam
Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Isnin, 12 Disember 2016
Khamis, 3 September 2015
Maria enggan dedah derma RM2.4 juta?
Maria Chin Abdullah
Penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah enggan mendedahkan kepada polis mengenai akaun derma bernilai RM2.4 juta yang diperoleh pihaknya untuk penganjuran perhimpunan haram itu di ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu.
Maria berkata, beliau mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan dan bersedia ke mahkamah sekiranya didakwa.
“Sepanjang proses siasatan kami beri kerjasama penuh kepada polis, tetapi kami juga menjalankan hak untuk tidak menjawab semua soalan,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan yang diberikan kepada pihak polis hari ini berhubung perhimpunan Bersih 4.0.
Beliau ditemui berhampiran pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.
Turut diambil kenyataan ialah enam lagi aktivitis propembangkang yang juga terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu iaitu Timbalan Pengerusi Bersih 4.0, Sarajon Huda Abdul Hassan; Bendahari, Masjaliza Hamzah; Ahli Jawatankuasa, Farhana Halim dan Fadiah Nadwa; Ahli Sekretariat, Mandeep Singh serta aktivis pelajar, Adam Adli.
Kesemua mereka hadir pada pukul 10.30 pagi dengan ditemani 10 peguam antaranya, Datuk S. Ambiga, Latheefa Koya dan Eric Paulsen dan selesai memberi keterangan kira-kira dua jam kemudian.
Siasatan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 120, Seksyen 124C dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyembunyikan rancangan untuk melakukan suatu kesalahan, cuba menimbulkan dan mengganggu gugat demokrasi berparlimen di negara ini serta mengadakan perhimpunan haram.
Mandeep turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tuntutan kos pembersihan berjumlah RM65,000 seperti yang disebut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam, Maria menegaskan pihaknya tidak akan membayarnya dan meminta supaya perkara itu dibuktikan di mahkamah.
“Kemukakan bukti, kita akan jawab di mahkamah,” katanya.
Menjawab soalan pemberita mengenai dua wanita yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Maria tidak pasti individu terbabit merupakan peserta perhimpunan itu memandangkan pihaknya tidak dapat mengawal tingkah laku mereka yang terlalu ramai.
Bagaimanapun, beliau meminta supaya individu terbabit tampil menyerah diri kepada polis untuk siasatan.
“Selaku penganjur, saya bertanggungjawab secara tidak langsung atas perbuatan dua wanita itu dan kesal dengan apa yang berlaku. Saya harap mereka juga dapat mengambil tanggungjawab dan tampil memberi kerjasama kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya akan tetap menghantar bil tuntutan kos pembersihan berjumlah RM65,000 kepada penganjur perhimpunan haram Bersih 4.0.
“Saya tidak kisah, bil itu tetap akan saya hantar ke Bersih. Dalam tempoh sehari dua ini, kita akan hantar bil kepada penganjur perhimpunan haram itu,” kata beliau.
Warna-warni politik
Torashah
Ahad, 22 Februari 2015
Hudud: Tiada sebab ikut DAP?
Pas terus menyemarakkan sengketa dengan DAP apabila berikrar tidak akan berganjak sedikit pun dalam usaha melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun ditentang keras oleh sekutunya itu.
Tanpa mempedulikan sedikitpun kritikan DAP, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, adalah menjadi hak Pas untuk berbuat demikian apatah lagi perkara itu merupakan tuntutan dalam agama Islam.
“Apabila rakan sekutu kita dalam pakatan pembangkang iaitu DAP mengugut dan memberi arahan supaya tidak menyebut mengenai hudud dalam pilihan raya akan datang, kita tidak akan ikut mereka kerana hudud itu merupakan perintah Allah.
“Dewan Ulama 100 peratus akan mempertahankan undang-undang Islam termasuk hudud kerana ia perintah Allah bukan perintah DAP. Kenapa kita nak ikut DAP,” katanya ketika berucap menggulung sesi perbahasan majlis Multaqa Ulama Semalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, dekat sini hari ini.
Menurutnya, dasar dan matlamat Pas berbeza dengan DAP walaupun kedua-dua parti mahu menuju ke Putrajaya kerana selain kejayaan dalam pilihan raya, parti itu mahu meneruskan dasar Islam yang telah diperjuangkan sejak tahun 1951.
Dalam pada itu, Dr. Mahfodz berkata, Dewan Ulama menyokong penuh usaha Kerajaan Pas Kelantan yang mahu membawa Rang Undang-Undang Persendirian mengenai hukum hudud ke Dewan Rakyat pada bulan depan.
Katanya, perkara itu merupakan antara detik-detik yang ditunggu kerana Pas telah memperjuangkan hudud sejak sekian lama dan enakmen negeri Kelantan mengenai hukum tersebut juga sudah lebih 23 tahun diluluskan.
Warna-warni Politik
Torashah
Khamis, 11 Disember 2014
Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Ke-69
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K.,D.M.N., D.K.( Terengganu ), D.K. Kelantan ), D.K.( Perak ), D.K.( Perlis ), D.K.( Negeri Sembilan ), D.K.( Kedah ), D.K.( Johor ), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA
Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat
SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 69 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR PADA 11 DISEMBER 2014 BERSAMAAN 18 SAFAR 1436 HIJRIAH
SEMBAH TAKZIM DARIPADA
Admin
Blog Pentas UMNO Bandar Puncak Alam
Rabu, 26 November 2014
Laporan Sidang Dun : Pembangkang tolak peruntukan ‘gula-gula’?
Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN menolak cadangan peruntukan RM200 ribu kepada mereka seperti cadangan Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin Ali, dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015 kelmarin.
Menyifatkan pemberian tersebut sebagai ‘tidak ikhlas’, Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Shamsuddin Lias mempertikaikan jumlah ditawar kepada Adun-Adun pembangkang dengan Adun-Adun pakatan berbeza setengah juta.
“Apa bezanya dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700 ribu. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama. Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil.
“Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya, keadilan” katanya apabila ditanya di ruang lobi Dewan Annex, sebentar tadi.
Terdahulu, pertikaman lidah berlaku di dalam dewan apabila Adun Dap Sungai Pinang Teng Chang Kim mempertikaikan penolakan cadangan peruntukan RM200 ribu kepada Adun-Adun BN Selangor oleh Shamsuddin selaku ketua pembangkang.
“Saya nak tanya ketua pembangkang, kalau peruntukan untuk rakyat dalam kawasan Dun pembangkang ditolak, kenapa kereta rasmi pula diterima?” persoal Teng.
Shamsuddin yang tersinggung dengan soalan Teng membalas dengan nada keras.
“Saya tak minta (kereta) itu. Ia diputuskan pada masa lepas. Jangan diungkit-ungkitlah. Saya nak jelaskan pasal kereta rasmi. Kereta ini diluluskan zaman mantan menteri besar yang lalu (Tan Sri Khalid Ibrahim). Saya rasa macam tak ikhlas saja. Kalau nak diungkit perkara ini, ambil balik. Saya pun tak perlu itu,” balas Shamsuddin di dalam dewan.
Shamsuddin menyifatkan laporan meluas media berkenaan serahan kunci kereta baru kelmarin sebagai satu langkah populariti yang cuba diraih Azmin setelah menjadi menteri besar baru.
“Lembu punya susu, sapi dapat nama,” kata Shamsuddin di luar dewan apabila diminta ulas oleh wartawan.
“Ini tak sepatutnya berbangkit. Ia berbangkit pun kerana semalam menteri besar yang bagi. Inilah yang dikata lembu punya susu, sapi dapat nama.
“Peruntukan pada ketua pembangkang (termasuk kereta rasmi) telah diberi masa mantan menteri besar lagi. Dia (Khalid Ibrahim) beri kereta lama, sebab kereta baru tak sampai lagi.
“Selama ini saya dah bawa ke hulu ke hilir kereta lama. Bila kereta baru sampai, dia (Azmin) serah pada saya. Dia ambil publisiti.
“Tak sepatutnya perkara ini timbul. Dalam dewan tadi diungkit. Ungkit sebab kami (Adun-Adun BN) tolak peruntukan RM200 ribu. Kalau nak ungkit sangat, ambillah (kereta rasmi)”, kata Shamsuddin.
Kelmarin, Selangor Press dimaklumkan oleh Adun BN Sungai Panjang Budiman Zohdi bahawa mereka belum lagi membincangkan sama ada mahu terima atau tidak cadangan peruntukan RM200 ribu kepada Adun-Adun BN Selangor.
Budiman menempelak bajet negeri dengan menganggap ia sebagai ‘bajet gula-gula’.
Warna-warni politik
Torashah
Sabtu, 15 November 2014
Isu Hutang Bank Islam : Peguam Sahkan Dakwaan PKR Terhadap Khalid Ibrahim Tidak Benar?
Kenyataan media oleh pihak peguam Mathew Thomas Philip semalam mengesahkan dakwaan PKR terhadap MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah tidak benar.
Khalid Ibrahim merupakan pihak yang menyaman Bank Islam atas isu salah jual saham Kumpulan Guthrie Berhad pada tahun 2007 dan bukan sebaliknya. Ianya berlaku sebelum beliau menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008. Sehubungan dengan itu, tidak timbul isu bahawa beliau telah dikompromi integritinya untuk menyelesaikan di luar mahkamah seperti yang didakwa oleh PKR.
Antara alasan yang digunakan PKR untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah masalah integriti beliau yang kononnya telah dikompromi dalam kes penyelesaian luar mahkamah dengan Bank Islam.
Kes yang membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Berhad.
Berikut adalah kenyataan media oleh pihak peguam yang mewakilinya.
Selanjutnya sila baca di sini.
Warna-warni Politik
Torashah
Khamis, 6 November 2014
AZMIN BEKU PERUNTUKAN KAWASAN PARLIMEN DAN DUN KHALID?
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didakwa membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Faekah Husin.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit.
“Saya percaya ia dibuat atas arahan Azmin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penyelaras DUN Pelabuhan Klang itu berkata, ternyata segala jasa Khalid selama lebih 6 tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Azmin.
“Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.
“Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi,” katanya.
Faekah mendesak Azmin memberi penjelasan munasabah arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum Khalid.
“Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang lama berputik dan semakin merebak semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’,” katanya.
Faekah juga mendakwa tindakan itu seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri yang baru mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baru demi rakyat.
“Nampaknya menteri besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
“Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus-lumus memperkasa program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catatan (Atom)