tag:blogger.com,1999:blog-8274602125718137480.post6430791381015069521..comments2023-10-21T23:28:57.654+08:00Comments on Pentas UMNO Bandar Puncak Alam: Serangan globalisasi hapuskan sejarah bangsa!torashahhttp://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-8274602125718137480.post-74275949966932298962009-04-23T10:02:00.000+08:002009-04-23T10:02:00.000+08:00Hina Sultan: Laporan polis terhadap Malaysiakini
...Hina Sultan: Laporan polis terhadap Malaysiakini

IPOH 22 April - Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini membuat laporan polis terhadap Malaysiakini kerana didakwa menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah melalui penyiaran artikel bertajuk Raja Nazrin Defends Monarchy Against Redicule pada Selasa lalu.

Laporan dibuat oleh Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pada pukul 5 petang ini di Balai Polis Sungai Senam di sini.

Ketika ditemui pemberita memberitahu, laporan polis dibuat kerana GMP beranggapan berita yang disiarkan oleh laman web tersebut bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri ini.

''Saya merujuk kepada sebuah berita bertajuk Raja Nazrin Defends Monarchy Against Ridicule yang dihantar oleh pengarang menggunakan nama pena 'admin' dan disiarkan di laman web Malaysiakini pada 19 April lalu.

''Berita tersebut adalah maklum balas terhadap komen ditulis oleh seorang pelayar Internet menggunakan nama pena PASOK bertarikh 16 April 2009 pada pukul 11.40 malam yang berbunyi Burn down Istana Perak and hang the Sultan from the tree of democracy (Bakar Istana Perak dan gantung Sultan di pokok demokrasi)," katanya.

Menurut Mohd. Hilmi, laporan berita yang mencadangkan supaya dibakar Istana Perak dan digantung Sultan Perak di pokok demokrasi iaitu pokok yang diagung-agungkan oleh pakatan pembangkang boleh membangkitkan kemarahan rakyat yang taat terhadap Sultan.

Perbuatan tersebut, kata beliau, jelas mempunyai niat untuk melakukan kesalahan di bawah Seksyen 121A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan-kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang boleh membawa hukuman bunuh dan denda jika disabitkan kesalahan.

Katanya, GMP mencadangkan supaya pelayar Internet bernama PASOK disiasat di bawah Seksyen 153 Kanun Keseksaan kerana membuat komen 'buas' terhadap Sultan Perak yang membangkitkan kemarahan orang ramai dengan niat menggalakkan rusuhan.

Tambah beliau, PASOK juga boleh disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.

Selain itu, katanya, GMP turut berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan mengambil tindakan terhadap laman web berita ini kerana menyalahgunakan teknologi maklumat sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap keselamatan negara.

''GMP sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga orang Melayu sentiasa menyokong Sultan Perak selaku 'payung mahkota' pemerintahan negeri ini dan berharap titah ucapan Tuanku semasa sambutan Hari Keputeraan baginda pada Ahad lalu dipatuhi oleh rakyat jelata.

''Kita sebagai rakyat tidak boleh menganggap Sultan Perak dan Raja Muda sebagai 'patung' dalam pemerintahan sebab kedua-dua baginda mempunyai taraf pendidikan tinggi bukannya 'al-Quran buruk' seperti diibarat oleh pepatah Melayu," ujarnya.oyabunhttps://www.blogger.com/profile/02113168678310578441noreply@blogger.com