tag:blogger.com,1999:blog-8274602125718137480.post4689290913414716129..comments2023-10-21T23:28:57.654+08:00Comments on Pentas UMNO Bandar Puncak Alam: Amaran penduduk Seksyen 23, Shah Alam!torashahhttp://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-8274602125718137480.post-71060570288065445772009-08-19T10:24:01.238+08:002009-08-19T10:24:01.238+08:00Salam, mgkin ini harga yg perlu dbayar akibat ikut...Salam, mgkin ini harga yg perlu dbayar akibat ikut emosi praya lalu!USDhttps://www.blogger.com/profile/16585793301866288036noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8274602125718137480.post-52016702522625975872009-08-19T09:18:03.243+08:002009-08-19T09:18:03.243+08:00MB bangang. Bodoh sombongMB bangang. Bodoh sombongEMhttps://www.blogger.com/profile/06835871723294139648noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8274602125718137480.post-85924478359333076612009-08-19T07:29:28.758+08:002009-08-19T07:29:28.758+08:00Pembinaan kuil tiada dalam pelan...
Bekas Datuk B...Pembinaan kuil tiada dalam pelan...

Bekas Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamat berkata, kuil tidak boleh dibina di tapak di Seksyen 23 dekat sini seperti yang diputuskan oleh kerajaan negeri kerana pelan pembangunan tidak memasukkan pembinaan rumah ibadat di kawasan tersebut.

Menurutnya, pembangunan di sesuatu kawasan mesti mengikut perancangan yang telah dipersetujui setelah melalui proses hebahan dan diwartakan oleh pihak berkuasa.

Ekoran itu jelasnya, tindakan kerajaan negeri mahu meneruskan pembinaan kuil itu adalah tidak betul dan menyalahi proses undang-undang.

''Mengikut peraturan, jika mahu membuat projek yang tidak dinyatakan dalam pelan pembangunan, maka pendengaran awam perlu dilakukan terlebih dahulu.

''Dari situ baru diputuskan sama ada projek itu boleh diteruskan atau sebaliknya. Tetapi kerajaan negeri telah membuat keputusan membina kuil itu tanpa membuat pendengaran awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Salamon pernah menjadi Datuk Bandar Shah Alam dari tahun 2002 hingga 2004.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tetap dengan keputusan untuk membina kuil itu di situ bagi memindahkan kuil dari Seksyen 19.

Salamon berkata, seingat beliau, sebenarnya satu tapak baru bagi memindahkan kuil di Seksyen 19 itu telah diluluskan di Seksyen 26.

Malah, tambahnya, tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu telah diratakan dan hanya menunggu proses pemindahan kuil tersebut sahaja.

''Namun apabila bertukar kerajaan negeri, perancangan itu dibatalkan dan digantikan dengan tapak baru di Seksyen 23," ujar beliau.

Katanya, ekoran itu, tindakan kerajaan negeri tetap mahu membina kuil di Seksyen 23 adalah tidak adil kerana tidak mengambil kira perasaan penduduk Islam selain melanggar proses undang-undang.torashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8274602125718137480.post-64025917461877440452009-08-19T07:26:07.687+08:002009-08-19T07:26:07.687+08:00Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan kebimba...Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan kebimbangan jika projek pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini diteruskan oleh kerajaan negeri ia boleh mencetuskan ketegangan antara kaum di negeri ini.

Pengerusi Majlis NGO Selangor, Datuk Mat Yasir Ikhsan berkata, kerajaan negeri harus mengambil perhatian serius bantahan penduduk terhadap pembinaan kuil tersebut.

Menurut beliau, tuntutan itu berasas kerana majoriti penduduk di kawasan itu beragama Islam dan ia menyentuh sensitiviti kaum di kawasan berkenaan.

"Kerajaan negeri patut mencari tempat lebih sesuai di mana penduduknya terdiri majoriti bukan beragama Islam.

"Sekiranya pembinaan itu diteruskan ia akan melahirkan keresahan dan ketegangan perasaan penduduk Islam boleh berlaku perbalahan antara mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas bantahan penduduk Seksyen 23 terhadap pembinaan rumah ibadat yang diluluskan kerajaan negeri yang sebelum ini sepatutnya dibina di Seksyen 22 di sini.

Penduduk menyifatkan keputusan sedemikian tidak wajar dan tidak harus ditimbulkan sama sekali kerana majoriti penduduk kawasan itu beragama Islam manakala beragama Hindu hanya berjumlah 40 orang sahaja.

Kawasan tapak pembinaan rumah ibadat berkenaan pula hanya 50 meter dari surau dan 10 meter dari padang permainan kanak-kanak.

Kata Mat Yasir, kerajaan negeri juga sepatutnya lebih peka terhadap sensitiviti kaum di kawasan tersebut dan tidak hanya memikirkan pihak-pihak tertentu.

Bagi Setiausaha Kehormat Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Negeri Selangor, Noraziah Muhamad, bagi menyelesaikan isu kuil tersebut, kerajaan negeri harus mencari jalan terbaik yang tidak mengecilkan hati mana-mana kaum di negeri ini.

Sebagai pemerintah, katanya, kerajaan negeri seharusnya bijak dalam menangani isu itu supaya tidak menyentuh sensitiviti kaum.

"Kerajaan negeri harus memahami kehendak rakyat dan bersikap adil terhadap semua kaum di negeri ini.

"Jangan hanya mahu menjaga undi satu pihak, pihak lain diabaikan," katanya.torashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8274602125718137480.post-14553489583136242532009-08-19T07:24:19.948+08:002009-08-19T07:24:19.948+08:00Pakatan pembangkang tidak hormat Islam, Agong...
...Pakatan pembangkang tidak hormat Islam, Agong...

Keputusan kerajaan negeri Selangor meluluskan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, yang majoritinya dihuni penduduk Islam menunjukkan pembangkang tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mendakwa, keputusan itu juga menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang lebih mementingkan golongan minoriti daripada perasaan umat Islam yang telah lama menetap di situ.

''Islam sebagai agama rasmi tidak dipandang oleh kerajaan negeri semasa meluluskan pembinaan kuil.

''Pada saya, ini satu keputusan melampau kerana perasaan umat Islam di Seksyen 23 langsung tidak dipeduli hanya kerana mahu meraih sokongan kaum India," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan pembinaan kuil di tapak seluas 0.2 hektar sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Islam kerana seksyen 23 hanya dihuni 40 masyarakat India berbanding 75 peratus masyarakat Islam.

Kelmarin, 200 penduduk Islam mengadakan bantahan di tapak kuil berkenaan dan mendesak kerajaan negeri segera membatalkan pembinaan rumah ibadat tersebut.

Semalam, kumpulan penduduk Islam memberi amaran, mereka akan melancarkan bantahan besar-besaran sekiranya kerajaan negeri tetap meneruskan keputusan membina kuil berhampiran kediaman mereka.

Mengulas lanjut, Osman memberitahu, BBPM sedia berada di barisan depan bersama-sama penduduk demi mempertahankan Islam.

''Biar kami yang berjuang dan berada di barisan depan demi agama. Kami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan seperti pemimpin Islam dalam kerajaan pakatan pembangkang yang hanya menjadi kuda tunggangan," tegasnya.

Malah tambahnya, jika kerajaan negeri tetap berdegil, beliau dan beberapa NGO Melayu lain akan mendesak supaya masjid dibina di Batu Caves.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyelar sikap pemimpin Islam pakatan pembangkang yang sanggup menggadaikan agama demi menjaga undi masyarakat bukan Melayu.

Katanya, nasib orang Melayu dan agama Islam semakin tidak terbela walaupun merupakan penduduk majoriti di negara ini.

''Kebebasan beragama bukan bermaksud mereka bebas untuk membina kuil di mana sahaja dan tiada sebab untuk membina sebuah kuil di kawasan majoriti penduduk Islam.

''Ini hanya akan menimbulkan persengketaan dan akhirnya negara kucar-kacir. Anehnya kerajaan negeri buta dalam menilai perkara ini," ujarnya.

Sehubungan itu, Ibrahim memberi amaran kepada masyarakat bukan Islam dan kerajaan pakatan pembangkang supaya berhenti mencabar kesabaran umat Islam dan Melayu.

Jelasnya, masyarakat Islam akan bangkit menentang jika agama suci itu tidak dihormati.torashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8274602125718137480.post-26355745182361467372009-08-19T07:22:19.263+08:002009-08-19T07:22:19.263+08:00UMNO Selangor akan mengemukakan permohonan mahkama...UMNO Selangor akan mengemukakan permohonan mahkamah untuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusan kerajaan negeri membina kuil di kawasan majoriti umat Islam di Seksyen 23 di sini.

Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Noh Omar berkata, ini kerana bantahan penduduk terhadap keputusan itu adalah wajar serta mempunyai asas-asas kukuh selain bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, dalam Artikel 11 perlembagaan walaupun kebebasan beragama itu dinyatakan dengan jelas, bagaimanapun ia perlu dilaksanakan dalam suasana harmoni dan aman tanpa melibatkan pencabulan serta menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini.

''Kita percaya apabila membina sesebuah rumah ibadat, kerajaan negeri perlu melibatkan sensitiviti kaum dan agama yang tinggal sesuatu kawasan itu. Dalam kes Seksyen 23 ini, penduduk Islam mewakili 70 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk maka sensitiviti mereka perlu diambil kira.

''Jadi, kita akan bantu penduduk dan membawa bantahan mereka ke mahkamah untuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusan kerajaan negeri untuk membina kuil di kawasan ini," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini hari ini.

Noh berkata, tindakan menerusi saluran undang-undang itu lebih sesuai kerana didapati memorandum bantahan oleh Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, terhadap keputusan kerajaan negeri itu boleh menimbulkan suasana tidak harmoni serta tidak menepati dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau juga akan merujuk kepada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan pandangan serta merangka persediaan yang perlu sebelum memulakan tindakan sedemikian berdasarkan bantahan yang dibuat kira-kira 500 orang penduduk Islam di kawasan itu.

Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut mempersoalkan dasar kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang semasa pilihan raya lalu berjanji untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, janji itu seolah-olah hanya permainan politik untuk meraih undi memandangkan kerajaan negeri hari ini secara mentah-mentah menolak bantahan penduduk dan tetap mahu meneruskan pembinaan kuil berkenaan.

''Penduduk mengemukakan masalah mereka kepada kerajaan negeri tetapi tidak dilayan. Mereka tidak ada tempat untuk mengadu masalah yang dihadapi.

''Inilah sikap kerajaan negeri yang bongkak, tidak memikirkan soal rakyat apabila telah berkuasa. Jadi kita akan serahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya nanti," katanya.torashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8274602125718137480.post-44160732067955787182009-08-19T07:10:04.004+08:002009-08-19T07:10:04.004+08:00Kuil: Kerajaan negeri tetap luluskan....
Kerajaan...Kuil: Kerajaan negeri tetap luluskan....

Kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan bantahan penduduk di Seksyen 23, di sini apabila tetap akan meneruskan cadangan membina kuil di kawasan itu yang merupakan kawasan majoriti umat Islam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana tapak tanah seluas 0.2 hektar di Seksyen 23 itu dirasakan paling sesuai, selain telah mendapat persetujuan pihak pengurusan kuil di Seksyen 19, tahun lalu.

Menurutnya, cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 adalah sebahagian daripada proses perpindahan rumah ibadat itu di Seksyen 19 dan ia diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri, Dr. Xavier Jayakumar sebelum ini.

‘‘Buat masa ini, kita akan teruskan usaha itu (bina kuil di Seksyen 23). Dalam masa yang sama kita juga, akan memberikan penjelasan kepada penduduk di Seksyen 23 termasuklah penduduk di Seksyen 19 untuk selesaikan perkara ini.

‘‘Sebelum ini, kerajaan negeri telah cari tapak bersesuaian untuk mengalihkan kuil di Seksyen 19 tetapi kita rasa tapak baru di Seksyen 23 yang paling sesuai.

“Jadi saya rasa isu ini dapat diselesaikan jika semua pihak (termasuk penduduk) bertimbang rasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri serta merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Semalam, penduduk Islam Seksyen 23 memberi amaran akan meneruskan bantahan sekiranya kerajaan negeri tetap dengan keputusan untuk membina kuil tersebut berhampiran kawasan mereka.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Persatuan Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri, cadangan kerajaan negeri itu sepatutnya tidak dilaksanakan kerana majoriti penduduk di situ beragama Islam.

Malah, penduduk turut kesal dengan keputusan kerajaan negeri itu yang disifatkan tidak menghormati pandangan penduduk Islam di kawasan berkenaan lebih-lebih lagi kedudukan tapak kuil yang dicadangkan itu terlalu dekat dengan surau.

Selain itu, penduduk turut mendakwa sebelum rancangan pemindahan kuil di kawasan itu dibuat, kerajaan negeri tidak pernah berbincang dengan mereka termasuk tidak mengadakan pendengaran awam mengenai pengambilan tanah komersial milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk tujuan itu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid ketika ditanya mengenai cadangan pemindahan tapak kuil itu di Seksyen 22 seperti diputuskan oleh kerajaan negeri sebelum ini berkata:

‘‘Kawasan tapak itu di Seksyen 22 tidak munasabah kerana kedudukannya terlalu jauh selain menyukarkan penganut Hindu untuk menjalankan kegiatan keagamaan mereka.’’

Menurutnya lagi, dalam hal yang melibatkan pembinaan rumah ibadat sama ada surau, masjid, gereja, kuil dan sebagainya di Selangor, ia perlu berasaskan kepada permintaan majoriti penduduk.

‘‘Sebab itu, kalau kita letakkan terlalu jauh (Seksyen 22), ia tidak munasabah. Jadi kita harap semua penduduk perlu ada kerjasama dan bertimbang rasa dalam soal ini,” jelasnya.torashahhttps://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.com