Jumaat, 29 Oktober 2010

Kak Wan pening kepala : Calon PKR sudah 2 kali terjatuh kedalam air !

Calon PKR untuk Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi Sabah, Dr Ansari Abdullah sekali lagi hari ini telah jatuh ke dalam laut apabila salah satu papan jeti yang menghubungkan rumah-rumah perkampungan air di Kampung Gas berhampiran Sandakan telah roboh ketika beliau melawat kawasan itu dengan para pekerja kempennya.

Sebelum itu di sebuah kampung air di Api-api, Dr Ansari juga telah jatuh disebabkan kayu yang reput dua hari yang lalu bersama-sama pengurus kempennya dan wartawan NTV7. Didalam kejadian tersebut, Dr Ansari telah mendapati kamera dan telefon bimbit beliau telah rosak semasa jatuh ke dalam air laut.

Kejadian kedua yang berlaku hari ini semasa beliau dan rombongan melawat kawasan Bumiputera Sabah yang kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan. Beliau turut terjatuh sebaik saja hampir memijak salah satu jeti papan sebuah rumah air di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim sudahpun melepasi memasuki rumah berkenaan dan Dr Ansari yang berada di belakangnya jatuh ke dalam laut cetek sehingga menyebabkan baju Melayu serta kain pelikat yang dipakai beliau basah.

TS Khalid ketika itu cuba menarik tangan Dr Ansari apabila beliau berjaya memegang landasan kayu jeti tersebut sambil ditolak dari bawah oleh pekerja jentera pilihanraya PKR yang turut jatuh bersama-sama dengan Dr Ansari.

Kasihan Kak Wan bila di semenanjung anak buah beliau dok bergaduh sambil banyak kerusi-kerusi yang berterbangan, di Batu Sapi pula pening kepala apabila mengenangkan nasib yang menimpa calon PKR. Sudah jatuh di timpa tangga!

Bak kata Cucu Tok Selampit di blog beliau : 2 Kali Jatuh Dalam Air, Orang Cina Kata Manyak Suwei Ooo! Klik di sini

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 28 Oktober 2010

PRK P185 Batu Sapi : Lagak PAS cuba jadi "jagoan" di DUN Batu Sapi!

PAS berlagak cuba jadi juara rakyat di Batu Sapi, Sabah?

Nak tergelak pun ada dan muak pun ada. Sejak bila pula parti PAS ini prihatin terhadap rakyat Sabah? Apakah sumbangan parti PAS sebelum ini sehingga tergamak hendak berlagak hero di DUN Batu Sapi?

Malah, tindakan parti PAS yang mula menabur fitnah di Batu Sapi jelas menunjukkan sikap parti itu yang hanya pandai menyelit dan mengambil kesempatan tanpa rasa malu. Parti PAS memang tidak pernah menyumbangkan sebarang kesejahteraan yang siginifikan selama ini kepada rakyat Sabah.

Rujuk laporan berita di bawah :-

Batu Sapi/Sandakan - Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah mula menabur fitnah disekitar Batu Sapi dengan pengedaran risalah yang mendakwa kononya wujud penyelewangan dalam isu-isu tanah di Sabah.

Apabila parti tersebut mendakwa Pas Sabah ditubuh bagi melengkapkan barisan serta organisasi perjuangan bertaraf nasional, timbul pula persoalan mengapa hanya ditubuhkan pada 1985?

Tak ubah macam ketam mahu mengajar anak berjalan lurus, begitulah wajar diberikan kepada PAS Sabah.

Pengedaran risalah yang menghimpunkan pelbagai isu tanah rakyat Sabah di seluruh pelosok Batu Sapi sesuatu yang begitu lemah dan nipis kredibiliti. Ia sekadar sisa bahan yang dikikis daripada tong modal pembangkang yang sudah muflis idea.

Selain cuba menagih simpati rakyat tindakan tersebut juga bertujuan cuba memecah undi Bumiputera Islam yang teguh menyokong Barisan Nasional (BN).

Dalam risalah yang diedarkan turut diselit dakwaan penyelewangan BN. Lebih mengelirukan dakwaan kononnya segala isu tersebut boleh diselesaikan jika gabungan DAP, PKR dan Pas memerintah Sabah.

Cuba fikirkan kalau DAP Pulai Pinang sendiri tidak mengiktiraf kewujudan Pas dalam Kerajaan Negeri Pulai Pinang masakan pula jika mereka memerinta Sabah? Hanya Pas Kedah mengiktiraf DAP tetapi setakat DAP Kedah.

Kepayahan Pas Sabah cuba mewujudkan isu-isu yang di putar belitkan hanya seperti mengetuk tong kosong bagi menarik perhatian. Jika tidak parti itu hanya dianggap seperti nyamuk di telinga rakyat Sabah dan khususnya penduduk di kawasan Batu Sapi yang akan mengundi 4 November ini.

BN Sabah mudah menangkis serangan Pas ini walaupun Pas mengembleng seluruh jentera media baru, termasuk portal online 'malaysiakini.com' untuk menyebar fitnah.

Pemilihan Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon BN P185 Batu Sapi melalui kata sepakat jelas menunjukan kematangan BN dalam urus tadbir gabungan parti-parti komponen.

Namum di jangka akan wujud pihak akan cuba mencetuskan bibik-bibik perkauman semasa kempen PRK P185 Batu Sapi itu nanti.

Dalam risalah yang diedarkan turut terselit dakwaan penyelewangan BN. Lebih mengelirukan dakwaan kononnya segala isu tersebut boleh diselesaikan jika gabungan DAP, PKR dan Pas memerintah Sabah - malaysiaaktif

Harapan penulis agar lebih baik jentera pilihanraya PAS balik sahaja ke semenanjung dan perbetulkan diri sendiri dahulu. Buat malu ahli-ahli dan penyokong PAS sahaja.
Wallahuallam.

Sumber : MIM ( Minda Intelek Melayu )

Warna-warni Politik
Torashah

Rabu, 27 Oktober 2010

Awas! Virus JE bakal menyerang kembali...Ternakan babi di Sepang dijangkiti penyakit!

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini mengesahkan sebuah ladang ternakan babi di Tanjung Sepat, Sepang dijangkiti penyakit kuku dan mulut. Ketua Pengarahnya, Datuk Abd. Aziz Jamaluddin berkata, pengesahan itu berdasarkan tan...da klinikal penyakit dan ujian makmal selepas mengesan penyakit berkenaan di kawasan terbabit pada 15 Oktober lalu.

"Satu zon jangkitan (satu kilometer radius) di sekeliling premis tersebut telah dikenal pasti melibatkan 26 ladang babi lain di sekitarnya."Justeru, pihak JPV mengeluarkan arahan kawalan pergerakan yang berkuat kuasa serta merta terhadap semua ternakan ruminan dan babi dalam zon kawalan tetapi dibenarkan untuk penyembelihan segera sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.Penyakit tersebut boleh menjangkiti semua ternakan ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan babi tetapi tidak berjangkit kepada manusia.

Abd. Aziz berkata, pemeriksaan klinikal akan dijalankan ke atas ladang sebelum kebenaran pindah untuk sembelih dikeluarkan bagi memastikan ia tidak mempunyai tanda klinikal penyakit kuku dan mulut.

Malah, beliau menambah, babi terbabit hanya boleh disembelih di rumah penyembelihan yang dibenarkan oleh JPV."Bagaimanapun ternakan terbabit mestilah bebas dari sebarang tanda klinikal penyakit kuku dan mulut," katanya.

Siapakah yang bakal menjadi mangsa untuk mencegahnya nanti jika virus sudah merebak?...orang Melayu juga!!!

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 24 Oktober 2010

Rakyat rasa sentuhan UMNO!

Marilah kita dahului dengan sembah tahmid kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas nikmat kurnia-Nya yang telah membolehkan kita mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2010.

Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para perwakilan yang terus setia mengikuti persidangan kita pada tahun ini, yang merupakan satu persidangan yang amat penting bagi memperkukuhkan agenda perjuangan UMNO.

Sepanjang persidangan ini berlangsung, usul-usul mengenai Ucapan Dasar Presiden, ekonomi, pendidikan dan agama telah dibahas secara tuntas oleh para perwakilan.

Menurut amalan UMNO, usul-usul ini telah pun melalui proses perbahasan di peringkat cawangan dan bahagian, yang seterusnya dibawa ke Perhimpunan Agung. Maknanya, usul-usul yang telah diluluskan dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para pembahas sebenarnya mewakili suara lebih tiga juta ahli UMNO di seluruh negara.

Bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan parti, kita akan memperhalusi cadangan-cadangan ini bagi memastikan suara akar umbi dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan program yang akan memperkukuhkan parti. Ia juga akan menjadi panduan kepada saf kepimpinan parti tatkala merumuskan dasar-dasar dan pendekatan yang akan memastikan kelangsungan perjuangan UMNO, sesuai dengan hasrat yang telah dilontarkan oleh Presiden dalam ucapan dasar beliau.

Malah, saya akan mencadangkan kepada Presiden dan Majlis Tertinggi parti agar kita dapat membuat satu laporan yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung akan datang, mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil dan pencapaian-pencapaian yang terhasil daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung kali ini.

Perhimpunan ini nyatanya membuktikan dua perkara penting. Pertama, UMNO sentiasa serius dalam membicarakan hal-hal yang memperkasakan bangsa Melayu, dan pada masa yang sama menjamin keadilan kepada semua kaum di negara kita. Kedua, dalam membicarakan hal-hal penting ini, UMNO sentiasa mengambilkira pandangan akar umbi yang mewakili suara hati rakyat yang menyerlahkan sifat UMNO sebagai parti yang demokratik, parti yang sentiasa relevan dan yang sentiasa mendahulukan rakyat.

Mempertegaskan Asas Perjuangan UMNO

Dalam persidangan ini, jelas suara hati ahli-ahli UMNO mahukan UMNO terus istiqamah dalam mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Islam sebagai Agama Persekutuan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Namun perkara yang dibangkitkan ini jelas berada dalam kerangka falsafah wasatiyyah, atau keseimbangan dan keadilan, seperti yang dipertegaskan oleh Presiden dalam ucapan dasar beliau. Dalam ketegasan kita, sementara kita mempertahankan hak-hak Melayu dan bumiputera, kita sentiasa mengambil tanggungjawab untuk memelihara dan menghormati hak-hak kaum-kaum lain yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Hak-hak ini, yang merupakan asas pembinaan Malaysia sebagai negara bangsa yang berdaulat, tidak boleh dipertikai dan dirungkai dalam apa jua keadaan sekalipun.

Namun, kita juga sedar bahawa jaminan Perlembagaan ini tidak boleh memberikan manfaat kepada orang Melayu dan bumiputera, tanpa diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh kerajaan yang memerintah. Dalam hal ini, hanya UMNO lah satu-satunya parti yang telah terbukti serasi dengan semangat dan tujuan Perlembagaan ini. Jika parti lain yang memerintah, masih belum pasti mereka akan melaksanakan tuntutan Perlembagaan ini secara tuntas. Ini kerana mereka caca- marba, sering bertukar warna, merubah citra dan matlamat, semata-mata untuk berkuasa. Tidakkah kita terfikir bahawa mereka juga boleh memperdagangkan asas-asas Perlembagaan ini demi kepentingan kuasa masing-masing?

Penegasan-penegasan yang dilontarkan oleh Presiden dalam soal pembentukan negara bangsa ini bukanlah sesuatu yang retorik atau nostalgik. Sebaliknya, ia adalah satu pertanggungjawaban sebagai seorang pemimpin untuk sentiasa mengingatkan kita tentang kepentingan mempertahankan asas-asas kewujudan negara kita.

Dan, asas-asas kewujudan ini, yang termaktub dalam Perlembagaan mesti sentiasa disebut, sentiasa diulang, sentiasa diingatkan, sentiasa dipertegaskan, supaya kita tidak lupa dari mana asal-usul kita.

Ingatlah, apabila kita lupa kepada asal usul kita, maka sebenarnya kita merintis jalan ke arah merungkai teras kewujudan kita sebagai sebuah negara bangsa; teras persefahaman dan kerukunan hidup antara warga.

Peringatan ini selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Asr: Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Konsep Wasatiyyah

Saudara saudari sidang perwakilan,

Sesungguhnya, falsafah wasatiyyah yang dilontarkan oleh Presiden amat bertepatan dengan budaya dan tradisi UMNO sebagai parti teras, yang sejak dahulu lagi sentiasa mempertahankan keseimbangan dan keadilan dalam pemikiran dan pendekatan politiknya.

Dalam konteks pendekatan politik UMNO, wasatiyyah bererti kebijaksanaan mengambil jalan pertengahan, bukan ekstrem dalam mewujudkan kesepakatan politik untuk menerajui sebuah negara majmuk. Pendekatan jalan tengah ini, yang mencari keseimbangan dalam memenuhi hak dan kepentingan semua kaum, adalah pendekatan yang telah terbukti berjaya, sepertimana kota Madinah dibina oleh Rasulullah SAW atas prinsip wasatiyah ditengah-tengah kepelbagaian budaya dan agama, serta kemajmukan warganya.

Bahkan, sabda Rasulullah SAW: “Khairul Umuri Awsatuha” Bermaksud: Sesempurna urusan adalah yang ditengah-tengah” - iaitu yang adil bukannya melampau, tidak terlebih atau terkurang; syumul dan sempurna.

Sesuai dengan tuntutan ini, UMNO sentiasa berusaha menzahirkan falsafah wasatiyyah dalam merealisasikan penyatuan hati, fikrah, amalan dan matlamat bangsa Melayu dan bumiputera, yang tidak meminggirkan hak-hak kaum lain.

Melangkah ke hadapan, UMNO perlu sentiasa memperkukuhkan falsafah wasatiyyah dengan melakukan yang terbaik, berusaha mencapai kesempurnaan, dan menterjemahkan idealisme UMNO sesuai dengan tuntutan zaman. Bagi mencapai kesempurnaan ini, UMNO perlu melahirkan pejuang-pejuang sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Ali-Imran, ayat 110: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang mungkar serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Transformasi Politik

Menyemangati firman Allah SWT ini, kita mesti menjayakan transformasi politik UMNO, sepertimana ditekankan oleh Presiden, mengenai peri pentingnya UMNO melakukan tiga fasa pemulihan:

Pertama, keberanian untuk menerima kelemahan. Kita perlu mencari apa kelemahan kita? Cuba lihat cawangan kita? Bahagian kita? Diri kita sendiri? Beranikah kita menerima kelemahan-kelemahan ini? Soal perpaduan sesama kita? Kelemahan di peringkat organisasi, jentera parti dan soal integrit. Apakah kita bersedia untuk mengakui dan memperbaikinya?

Juga, soal persepsi masyarakat terhadap UMNO. Seolah-olah UMNO tidak pernah berjasa, seolahnya tiada kebaikan yang dilakukan oleh UMNO selama ini. Malah wujud fenomena demonization of UMNO atau UMNO-bashing, serta fitnah yang bertujuan membangkitkan kebencian rakyat terhadap UMNO. Istilah-istilah seperti UMNOPutera; UMNO rasis; UMNO zalim; UMNO asabiyyah, sengaja dicipta.

Harus ada keberanian untuk memperbaiki kelemahan. Harus ada keberanian untuk memperbetulkan persepsi buruk terhadap UMNO. Jangan kita jadikan persepsi negatif ini sebagai sesuatu yang melemahkan perjuangan kita. Yakinlah, apabila muncul yang hak, maka lenyaplah yang batil.

Dan katakanlah: Telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah perkara yang salah, sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (Al-Isra’: 81)

Kedua, Presiden menekankan keperluan bermuhasabah dan mencari penawar yang mustajab. Dengan itu, kita harus memulakan muhasabah diri dengan memurnikan niat, lisan dan tindakan kita. Niat mesti ikhlas; tutur kata mesti benar; dan tindakan mestilah menjadi cerminan keikhlasan hati dan kebenaran tutur kata.

Ketiga, memulakan gerak kerja. Transformasi UMNO mesti dilakukan sekarang, bukan esok atau lusa. Bukan hanya di ambang pilihan raya. Ubah sikap kita untuk bekerja dengan lebih gigih. Perkemaskan jentera bagi menghadapi PRU 13. Perhebatkan program sentuhan parti dengan masyarakat, termasuk mereka yang dilihat tidak bersama dengan UMNO. Ambil pendekatan “Kami Prihatin” dengan menekankan kepedulian sosial UMNO di tengah-tengah masyarakat. Kita mahu masyarakat merasakan keberadaan UMNO, merasakan sentuhan UMNO.

Jawapan Isu Pendidikan

Saudara saudari sidang perwakilan,

saya mengucapkan terima kasih di atas usul-usul yang telah dikemukakan oleh para perwakilan mengenai pendidikan. Sebagai Menteri Pelajaran, saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan maklum balas mengenai usul-usul tersebut.

Transformasi Pendidikan

Seperti dibangkitkan oleh jurucakap Perak, Sabah dan Pergerakan Pemuda, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dari Tahun Satu mulai 2011. Ia akan diikuti oleh Tahun Dua dan seterusnya sehingga lengkap satu pusingan pada tahun 2016. Kurikulum baru ini adalah penambahbaikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). KSSR akan memberi penekanan kepada pendekatan hands-on learning, inkuiri penemuan, keupayaan berbahasa, pembelajaran berasaskan projek dan pelbagai lagi jenis pembelajaran yang menyeronokkan. Matlamatnya ialah melahirkan murid yang holistik dan berupaya menghadapi cabaran masa depan. Ia juga bersesuaian dengan pelaksanaan sistem penilian baru Ujian Pelajaran Sekolah Rendah yang dijangka dilaksanakan mulai 2016.

Pendidikan Teknik dan Vokasional

Mengenai pendidikan teknik dan vokasional seperti yang dibangkitkan oleh jurucakap Perak, Wanita, Pemuda dan Puteri, KPM memang sedang mengarusperdanakan pendidikan teknik dan vokasional. Melalui dasar ini, KPM berhasrat meningkatkan penyertaan murid mengikuti Pendidikan Voctech daripada 10 peratus (40,706 orang murid) kepada 20 peratus (81,000 orang murid) menjelang tahun 2015. Bagi mencapai hasrat ini KPM telah merancang dan akan melaksanakan perkara-perkara berikut, iaitu:

i. Menyediakan peruntukan pembangunan dalam RMKe-10 sebanyak RM340 juta;

ii. Membina empat Sekolah Menengah Vokasional yang baru dalam RMKe-10 dan sebuah lagi dalam pembinaan RMKe-9;

iii. Mengoptimumkan penggunaan kemudahan sedia ada untuk memperluas pendidikan VocTech. Antaranya ialah menjadikan Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) dan kemudahan di sesetengah sekolah harian sebagai Sayap Vokasional. Sebagai langkah permulaan, dua buah KIP telah dikenalpasti dijadikan Sayap Vokasional pada tahun 2012;

iv. Menambah dua buah sekolah menengah pendidikan vokasional untuk golongan murid kurang upaya pendengaran, penglihatan dan masalah pembelajaran;

v. Menambahbaik mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah harian supaya setaraf dengan Sekolah Menengah Vokasional sedia ada dan diiktiraf oleh industri atau badan profesional;

vi. Meningkatkan kompetensi guru vokasional dan kemahiran sedia ada secara berterusan. Seramai 4,764 guru akan dilatih dan ditauliahkan kemahiran sekurang-kurangnya mencapai minima kemahiran Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia mulai tahun 2011;

vii. Mengambil guru baru vokasional dan kemahiran dari pasaran terbuka mengikut kelayakan yang diiktiraf. Langkah ini termasuk mempertimbangkan Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada Tahap 4 atau setara dengannya dan calon yang terpilih akan dilatih oleh KPM sebelum ditauliah dan disahkan sebagai guru kerajaan; dan

viii. Mewujudkan persekitaran inovasi di sekolah, penerapan dan pelaksanaan perniagaan akan dilaksanakan melalui program School Enterprise.

Penilaian UPSR dan PMR

Kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan supaya anak-anak dapat dibangunkan secara holistik, kreatif dan inovatif. Justeru, KPM memutuskan supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ditambahbaik kaedah penilaiannya dan akan dilaksanakan mulai tahun 2016. Manakala bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula, diganti dengan pentaksiran berasaskan sekolah, dan kita bersetuju untuk memulakannya pada tahun 2014 iaitu dua tahun lebih awal seperti yang diumumkan sebelum ini. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para jurucakap yang telah menyokong keputusan KPM.

Memperkasa Sekolah Kebangsan

Banyak pandangan berkaitan dengan mewujudkan sistem satu aliran telah dibangkitkan. Sistem satu aliran diharap dapat mewujudkan perpaduan yang lebih kukuh dalam kalangan murid. Kementerian mempunyai dasar memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) untuk menjadi SK pilihan utama ibubapa pelbagai kaum. Antara usaha KPM ialah mata pelajaran bahasa Mandarin dan bahasa Tamil di SK akan diperluaskan. Tetapi kita tidak melupakan keperluan lain seperti terus memperkukuhkan pendidikan moral dan matapelajaran Agama Islam. Namun, dalam memperkasa sekolah kebangsaan ini, komitmen, sokongan padu serta keyakinan daripada ibu bapa terhadap keupayaan sekolah kebangsaan amat penting.

Status Mata Pelajaran Sejarah

Seperti yang dibangkitkan oleh wakil Perak dan Kedah, di peringkat sekolah rendah, pada masa ini, elemen sejarah diajar melalui mata pelajaran Kajian Tempatan. Manakala bermula tahun 2014, di bawah Kurikulum dalam KSSR, mata pelajaran Sejarah akan dijadikan sebagai mata pelajaran teras.

Pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua murid. Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa KPM memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM.

Dalam hal ini, Kementerian akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan perlembagaan negara, dengan tujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini.

Memartabatkan Profesion Keguruan

Untuk makluman wakil Wanita, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah menambahbaik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan dan memperluas laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Penempatan Guru

Berhubung penempatan guru, Kementerian akan mengkaji semula dasar berkaitan secara komprehensif dengan menempatkan guru-guru di mana-mana sekolah sama ada di SK, SJKC, SJKT dan sebagainya mengikut opsyen kepakaran mereka dan bukan mengikut kaum atau lokasi. Ini amat penting untuk memastikan matlamat dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Mamperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dapat dilaksanakan dengan jayanya mulai tahun 2011.

Insentif kepada Yayasan Guru Malaysia

Mengenai fungsi Yayasan Guru Malaysia Berhad seperti yang ditimbulkan oleh perwakilan Sabah, ia akan diperkasakan dengan memperhebatkan kempen untuk menggalakkan guru-guru menjadi ahli yayasan. Kita sedar bahawa Yayasan Guru Malaysia ini memerlukan suntikan kewangan kepada dana sedia ada. Justeru, kita akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membiayai aktiviti-aktiviti yayasan tersebut, untuk kebajikan guru-guru. Yayasan Guru Tun Hussein Onn, satu lagi yayasan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan guru telah diluluskan oleh Kabinet. Rang undang-undang mengenainya akan dibentangkan di Parlimen dalam jangka masa terdekat. Harta dan wang milik kerajaan dalam Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) berjumlah kira-kira RM 200 juta akan dipindahkan ke yayasan ini sebagai permulaan.

Penglibatan Guru Dalam Politik

Berhubung dengan kebenaran guru terlibat dalam politik yang ditimbulkan oleh wakil Sabah, kerajaan berharap kelonggaran ini digunakan sebaik mungkin oleh guru untuk menyumbang kebolehan mereka membantu kerajaan, bukan untuk menentang kerajaan.

Penutup

Saudara saudari sidang perwakilan sekalian,

Tiga hari kita berkampung di Dewan Merdeka ini, marilah kita kembali semula ke tempat asal kita dengan satu tekad, satu semangat untuk menzahirkan sokong padu kepada Presiden demi meletakkan UMNO di atas landasan perjuangannya.

Berikan kepercayaan penuh kepada Presiden dalam memimpin UMNO, di saat parti kita sedang berhadapan dengan realiti baru politik dan ekonomi, yang akan menentukan masa depan keindukan bangsa Melayu dan bumiputera dalam menerajui sebuah negara yang sentiasa menjamin kedilan untuk semua kaum.

Rapatkan saf untuk menjayakan transformasi parti, sesuai dengan tekad untuk pertahankan Putrajaya sebagai lambang perpaduan, lambang kejayaan bangsa dan lambang kesatuan negara!

Marilah kita bangkit membina kekuatan bangsa.

Di atas runtuhan Melaka lama

Penyair termenung seorang diri

Ingat Melayu kala jayanya

Pusat kebesaran nenek bahari

Bukan kuminta jambatan emas

Tapi nasihat hendak kuberi

Kenang-kenangan zaman yang lepas

Iktibar cucu kemudian hari

Sebelum engkau mengambil simpulan

Sebelum Portugis engkau kutuki

Inggeris Belanda engkau cemarkan

Ketahui dahulu salah sendiri

Janjian Tuhan sudah tajalli

Mulialah umat yang teguh iman

Allah tak pernah mungkirkan janji

Tarikh riwayat jadi pedoman

Tidaklah Allah mengubah untung

Suatu kaum dalam dunia

Jika hanya duduk terkatung

Berpeluk lutut berputus asa

Malang dan mujur nasibnya bangsa

Turun dan naik silih berganti

Terhenyak lemah naik perkasa

Bergantung atas usaha sendiri

Bangunlah kasih, umat Melayu

Belahan asal satu turunan

Bercampur darah dari dahulu

Persamaan nasib jadi kenangan

Semangat yang lemah dibuang jauh

Jiwa yang kecil kita besarkan

Yakin percaya, iman pun teguh

Zaman hadapan, penuh harapan

Dengan semangat nukilan Pak Hamka ini, marilah kita bersama jayakan transformasi UMNO!-UM

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 22 Oktober 2010

Perhimpunan Agung UMNO yang Ke-64 : ‘Hak Melayu tidak boleh digugat’ !

Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin bergambar dengan Ahli Majlis Tertinggi parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat sama sekali kerana ia dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan yang ‘terkunci kemas’ dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya menerangkan secara panjang lebar mengenai teras kontrak sosial nasional yang telah dimuafakati oleh bapa-bapa pengasas mewakili semua kaum di ambang kemerdekaan negara.

Menurut beliau, perkara-perkara yang dimuafakati itu termaktub jelas dalam artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 152 tentang bahasa kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi soal rizab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

“Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran majlis yang dianggotai sembilan orang raja Melayu.

“Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit-pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dimulakan dengan dua firman Allah dari surah al-Baqarah dan a-li Imran, ucapan bertajuk Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran yang disampaikan dalam nada serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau.

Perdana Menteri mahu semua pihak memahami dan mengetahui bahawa pindaan terhadap artikel-artikel itu tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.

Malah tambahnya, undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan dan kedaulatan yang diperuntukkan itu.

Hikmah di sebalik peruntukan yang meletakkan perkara-perkara itu di luar daripada forum perbincangan, katanya, adalah untuk mengelak perbahasan yang dibimbangi akan membangkitkan keresahan dan mengapi-apikan sentimen perkauman berasaskan naluri etnik (primordial instinct).

“Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, sekiranya naluri asal yang wujud tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabii manusiawi itu sendiri,” katanya.

Najib memberi contoh kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi ‘holocaust’ di benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

“Bayangkan apa kesudahannya jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka,” ujar Perdana Menteri.

Justeru tegas beliau, tindakan pihak tertentu yang kini mempersoalkan kontrak sosial itu, amat menghiris perasaan orang Melayu yang telah membuat pengorbanan terbesar berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum lain bagi mencapai kemerdekaan.

Najib menarik perhatian tentang penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip ‘jus soli’ atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip ‘jus sanguinis’ iaitu hak darah telah mentransformasikan landskap politik Malaysia selama-lamanya.

“Kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu menghormati muafakat murni di antara Melayu dan bukan Melayu sebagai ‘timbal balas’ ketika menuntut kemerdekaan kerana rasa penghormatan dan kepercayaan itu akan hancur jika ikrar setia itu dilanggar sewenang-wenangnya.

Pada masa ini, menurutnya, rakyat sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud sejak 53 tahun kemerdekaan negara.

Jika polemik nasional itu tidak ditangani dengan baik, beliau amat cuak ia mungkin menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

“Sebab itulah saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum.

“Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa mahupun ikhtiar eksklusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif,” tegasnya.

Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini kata Najib, ketegangan timbul apabila sejarah dienteng atau dilupakan akibat perjalanan masa atau apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula sejarah mengikut kepentingan dan agenda sempit kelompok masing-masing.

Beliau mengingatkan semua agar berwaspada dengan pemimpin oportunis yang licik memainkan api perkauman dan memanipulasi keadaan.

“Mereka tidak layak digelar pemimpin.

“Awaslah, awaslah kita terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dongengan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan-silu mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segalanya,” tegas Najib disambut sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.

Dalam hal ini, katanya, kepercayaan berterusan yang diberikan kaum-kaum lain wajar menjadi perangsang kepada Melayu untuk sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudah cara antara kaum.

“Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan,” tegasnya.

Sebagai generasi kepimpinan mutakhir, beliau menegaskan landasan baru perhubungan kaum di Malaysia perlu dibina dengan mengambil kira aspek masa depan yang dikongsi bersama dan faktor sejarah tanpa mengetepikan realiti hari ini dan potensi masa depan.

“Dalam arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara automatik, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur,” katanya.

Sejak perhimpunan agung lepas, beliau memberitahu kepimpinan parti telah membuat perancangan dan strategi bagi memastikan UMNO berpegang kuat kepada tujuan asal untuk berterusan menjamin survival bangsa.- Bernama

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 21 Oktober 2010

Bebaskan masjid daripada politik!

Ahli jawatankuasa Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor bersama Hashim Mohd. (duduk tengah) selepas mesyuarat agung ke-2, baru-baru ini.

Masjid selain menjadi tempat melakukan pelbagai ibadat adalah lambang penyatuan dan perpaduan umat. Justeru, adalah penting bagi kita menentukan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid dan surau mestilah golongan yang sentiasa mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ia supaya, masjid itu dapat menjalankan fungsinya dalam menyebar luaskan ilmu baik ilmu fardu ain mahu pun fardu kifayah. Paling penting, rumah Allah itu perlu bebas daripada pelbagai ideologi politik.

Demikian antara saranan Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor, Hashim Mohd. semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 2/2010 Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, September lalu.

Beliau berkata, sebarang ideologi politik perlu ditinggalkan di luar masjid untuk mengelak sebarang perpecahan umat.

"Masjid hendaklah ditadbir mengikut matlamat sebenar bukannya dijadikan batu loncatan mengejar kedudukan atau matlamat lain," katanya.

Turut hadir ialah Nazir masjid, Harun Abd. Rahman, timbalannya, Rais Jamil, barisan AJK dan kira-kira 150 ahli kariah.

Masjid An-Nur asalnya adalah surau yang didirikan hasil usaha penduduk dengan bantuan para dermawan dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor pada tahun 2002.

Ia kemudiannya diberi taraf surau Jumaat sebelum dinaik taraf sebagai masjid dua tahun lalu.

Menurut Hashim, sebab itu kerajaan negeri menetapkan peraturan semua penceramah di masjid dan surau-surau mesti mempunyai tauliah.

Katanya, kadang-kadang ramai tersalah tafsir tentang peraturan tersebut sedangkan apa yang dibuat oleh pemerintah ini bukan untuk menganiaya orang awam.

"Sebenarnya ada yang tersirat daripada yang tersurat adalah untuk kemaslahatan umat. Setakat ini, sebanyak 40 peratus penceramah di Kuala Selangor mempunyai tauliah.

"Sebab itu kalau boleh saya mahu masjid ini menjadi contoh. Dan ketiadaan usul pada mesyuarat kali ini meyakinkan saya bahawa masjid ini tenang," katanya.

Sementara itu, Setiausaha masjid, Mohd. Idris Abd. Salam memberitahu, pihaknya mengadakan kuliah berkitab bulanan selain ceramah-ceramah umum berkaitan isu semasa.

Antara penceramah ialah Anzaruddin Ahmad (hadis), Mohd. Zaid Hamzah (tauhid), Ridzuan Hashim (fikah) dan Dr. Musa Fathullah Harun (tasauf).

Selain itu, turut diadakan kelas-kelas pengajian untuk muslimat yang meliputi kelas al-Quran, kuliah khusus untuk muslimat dan tadarus al-Quran sepanjang Ramadan.

Bagi meraikan golongan remaja, pihak masjid turut menyediakan kawasan letak kereta sebagai padang bola sepak jalanan pada waktu malam.

Pada kesempatan itu, Masjid An-Nur turut mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri dan menyumbang duit raya kepada kanak-kanak.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 19 Oktober 2010

Ronnie dituntut jelas dakwaan Ahli MPK salah guna kuasa!


MCA Klang menuntut Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu supaya memberi penjelasan berhubung pelantikan seorang Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pemudanya, Dr. Ching Eu Boon berkata, tuntutan itu dibuat setelah pihaknya menerima laporan mendakwa ahli MPK itu mengambil wang daripada sebuah persatuan pada April tahun lalu.

Menurutnya, beliau mempunyai dokumen yang mengaitkan ahli majlis berkenaan dengan dakwaan tersebut kononnya untuk membantu persatuan berkenaan memohon tanah milik kerajaan di Klang bagi tujuan pembinaan rumah perlindungan anak yatim.

Bagaimanapun tegasnya, sehingga ke hari ini tiada sebarang perkembangan mengenai status permohonan tanah itu termasuk wang yang diberikan oleh persatuan kebajikan itu kepada individu tersebut.

''Ini yang kita kesalkan, apa tujuan sebenar beliau membuat permohonan tanah selepas itu mengambil bayaran daripada persatuan berkenaan tetapi permohonan tergantung begitu sahaja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Eu Boon, sungguhpun ahli MPK itu ada membuat pembayaran kepada sebuah syarikat perunding untuk tujuan penyediaan pelan prahitungan pada 1 April 2009, ia bagaimanapun melibatkan jumlah beberapa ratus ringgit sahaja manakala baki wang persatuan selebihnya tidak diketahui statusnya.

Beliau meminta agar Ronnie selaku Exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tidak mengambil sikap lepas tangan berhubung perkara itu. Kata Eu Boon, beliau difahamkan pelantikan individu itu yang merupakan ahli sebuah parti pembangkang dibuat hasil sokongan Ronnie sendiri.

''Saya ada bukti bertulis berhubung pembayaran yang dibuat oleh individu berkenaan dalam soal permohonan tanah tersebut daripada persatuan kebajikan itu termasuk resit bayaran kepada syarikat perunding terbabit," katanya.

Eu Boon yang juga Pegawai Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pandamaran memberi tempoh selama 10 hari bermula hari ini kepada Ronnie dan ahli MPK itu supaya memberi penjelasan mengenai dakwaan salah guna kuasa itu atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Kata beliau, sekiranya Ronnie atau individu itu berbuat demikian, pihaknya akan mengemukakan laporan mengenai perkara itu kepada polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Add a caption
Ronnie dituntut jelas dakwaan Ahli MPK salah guna kuasa!

MCA Klang menuntut Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu supaya memberi penjelasan berhubung pelantikan seorang Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pemudanya, Dr. Ching Eu Boon berkata, tuntutan itu dibuat setelah pihaknya menerima laporan mendakwa ahli MPK itu mengambil wang daripada sebuah persatuan pada April tahun lalu.

Menurutnya, beliau mempunyai dokumen yang mengaitkan ahli majlis berkenaan dengan dakwaan tersebut kononnya untuk membantu persatuan berkenaan memohon tanah milik kerajaan di Klang bagi tujuan pembinaan rumah perlindungan anak yatim.

Bagaimanapun tegasnya, sehingga ke hari ini tiada sebarang perkembangan mengenai status permohonan tanah itu termasuk wang yang diberikan oleh persatuan kebajikan itu kepada individu tersebut.

''Ini yang kita kesalkan, apa tujuan sebenar beliau membuat permohonan tanah selepas itu mengambil bayaran daripada persatuan berkenaan tetapi permohonan tergantung begitu sahaja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Eu Boon, sungguhpun ahli MPK itu ada membuat pembayaran kepada sebuah syarikat perunding untuk tujuan penyediaan pelan prahitungan pada 1 April 2009, ia bagaimanapun melibatkan jumlah beberapa ratus ringgit sahaja manakala baki wang persatuan selebihnya tidak diketahui statusnya.

Beliau meminta agar Ronnie selaku Exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tidak mengambil sikap lepas tangan berhubung perkara itu. Kata Eu Boon, beliau difahamkan pelantikan individu itu yang merupakan ahli sebuah parti pembangkang dibuat hasil sokongan Ronnie sendiri.

''Saya ada bukti bertulis berhubung pembayaran yang dibuat oleh individu berkenaan dalam soal permohonan tanah tersebut daripada persatuan kebajikan itu termasuk resit bayaran kepada syarikat perunding terbabit," katanya.

Eu Boon yang juga Pegawai Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pandamaran memberi tempoh selama 10 hari bermula hari ini kepada Ronnie dan ahli MPK itu supaya memberi penjelasan mengenai dakwaan salah guna kuasa itu atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Kata beliau, sekiranya Ronnie atau individu itu berbuat demikian, pihaknya akan mengemukakan laporan mengenai perkara itu kepada polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-UM

Warna-warni politik
Torashah..

Majlis Mesra AidilFitri 1 Malaysia, Bandar Puncak Alam.













Warna-warni politik
Torashah..

Isnin, 18 Oktober 2010

Sudah tiba masanya saya buat pendedahan - N. Gobalakrishnan!














Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai rasis kerana pernah memanggilnya dengan panggilan 'paria' sewaktu mesyuarat Majlis Tertinggi parti di Kemaman, Terengganu.

Menurutnya, tindaka...n itu menjejaskan hubungan di antara kedua-dua mereka namun beliau tidak mahu terlampau mengambil pusing mengenainya atas nama perpaduan dalam parti."Akibat manipulasi Azmin terhadap saya, saya tidak pernah dilantik ke sebarang jawatan.

Tetapi saya tidak kisah dan sentiasa tenang sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti."Apa pun saya rasa kini sudah tiba masanya untuk membuat pendedahan kerana Azmin turut melakukan manipulasi dalam pemilihan parti kali ini," dakwanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini.

Turut bersama dalam sidang akhbar itu Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne.Gobalakrishnan menambah, Azmin juga menjadi punca kepada keretakan hubungannya dengan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Kedah."Saya tidak berpeluang membawa perkara ini ke atas kerana Azmin sentiasa berada di antara kedua-dua kerajaan negeri itu," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan mengapa tiada tindakan daripada parti dan pihak polis terhadap Ketua Cabang Subang Jaya, R. Sivarasa dan Ketua Cabang Kota Raja, Dr. A. Xavier Jayakumar yang didakwanya tidak mengikut prosedur betul dalam mengekalkan kedudukan masing-masing.

"Terdapat bukti video ditayangkan di laman web menunjukkan Xavier secara terang-terangan menggunakan samseng bagi membolehkan beliau terus mengekalkan kedudukannya."Disebabkan itu saya hairan, mengapa tiada tindakan daripada parti ke atasnya. Juga saya terfikir mengapa pihak polis tidak menangkap beliau," katanya.

Sementara itu, Azmin ketika ditemui pemberita menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya bahawa beliau memanipulasi keadaan."Bagaimana saya boleh memanipulasi undi? Ia adalah pengundian terus. Setiap ahli mempunyai satu undi dan saya tidak berada di kedudukan yang membolehkan saya memanipulasi undi," katanya.

Taubat! Saya tak mau gigit polis lagi..saya mau gigit Azmin..huhuhu!!!

Warna-warni politik
Torashah..

See More

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor