Jumaat, 30 Januari 2009

GERAK dakwa Khalid salahguna wang Selangor !

Belumpun reda isu kerajaan pakatan pembangkang di Selangor membeli Toyota Camry bagi kegunaan anggota Exconya yang dianggap membazir wang, satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar..

Laporan itu dibuat olehGerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) di pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam, Rabu oleh Pengerusinya Mohd. Nazree Mohd. Yunus. Ia diserahkan pada Pengarah SPRM Selangor Mohd Shamsudin Yusof. Laporan itu mendakwa Khalid menggunakan kedudukannya mengarahkan supaya 46 ekor lembu korban yang sepatutnya diagihkan kepada penduduk di Selangor dihantar ke kawasan parlimennya Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Khalid turut memenangi kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum Mac tahun lalu. Kesemua haiwan bernilai kira-kira RM110,000 adalah sebahagian 400 ekor lembu yang diperuntukkan kepada masjid di seluruh Selangor bagi ibadah korban pada sambutan Aidil Adha lalu. Program agihan lembu korban itu dibiayai oleh beberapa anak syarikat negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Difahamkan, pembayaran bagi membekalkan 46 ekor lembu ke kawasan parlimen Tun Razak dibuat oleh Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) anak syarikat di bawah PKPS. Secara tidak langsung, Khalid dipercayai menggunakan kedudukannya mengarah wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membayar harga haiwan korban itu bagi kegunaan rakyat luar negeri itu. Mohd. Nazree dalam sidang media selepas laporan itu berkata, GERAK mendesak Khalid melepaskan jawatannya bagi membolehkan SPRM menyiasat kes itu.

“Sebelum ini beliau pernah mengarahkan seorang pegawainya di Pejabat Menteri Besar melepaskan jawatan kerana dipercayai terbabit dalam usaha mengumpul dana bagi sambutan 100 hari pakatan rakyat mentadbir Selangor,” katanya. Beliau berkata, Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawabannya dalam kes penyelewengan wang kerajaan dan rakyat Selangor ke pihak tidak berkaitan.

GERAK juga katanya akan memohon perkenan menghadap Sultan Selangor bagi menyerahkan memorandum meminta Khalid digantung tugas atau digugurkan jika beliau enggan bertanggungjawab dalam kes ini.

Isu Politik
Torashah

Jumaat, 23 Januari 2009

Herald cabar undang-undang!

PUTRAJAYA 21 Jan. - Walaupun Kabinet memutuskan perkataan Allah tidak boleh digunakan dalam Herald Catholic, namun perkataan tersebut masih disiarkan akhbar mingguan itu dalam edisi terbaru minggu ini.

Ditanya perkembangan tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata: ''Tindakan Herald Catholic seolah-olah mencabar kedaulatan undang-undang negara. ''Perbuatan ini juga boleh menimbulkan konflik serta mencetuskan kemarahan umat Islam''.

Katanya, Herald Catholic selalu agresif dan bertindak seolah-olah apa yang mereka buat adalah betul. ''Kita ada banyak persatuan di negara ini dan jangan ingat kita sahaja ada hak dan orang lain tidak ada hak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung, pemangku Ketua Setiausaha KDN, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Sehubungan itu, Syed Hamid berkata, KDN akan menyiasat perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

Katanya, akhbar tersebut perlu menghormati kesucian agama lain tanpa mencetuskan ketegangan dan konflik dalam masyarakat. Menurut beliau, pihaknya cukup berlembut dalam hal itu dan menghormati agama lain.

Tambahnya, pihak berkenaan perlu menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu berhubung dengan penggunaan perkataan tersebut. Pada Mei lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Ketua Paderi Kuala Lumpur untuk memohon semakan penghakiman terhadap keputusan KDN yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar itu.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan terhadap permohonan Ketua Paderi itu Februari ini. Syed Hamid berkata, adalah lebih baik perkara seperti itu tidak dilayan dan mereka yang terlibat juga perlu bertanggungjawab dengan perbuatan mereka.

''Kalau kita haramkan, dia kata kita tidak bagi kebebasan jadi kita benarkan mereka, kita harap dia ikut arahan dan undang-undang," katanya. Sementara itu katanya, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes blog menghina Nabi Muhammad SAW kepada pejabat Peguam Negara.
Katanya, sekarang terpulang kepada Peguam Negara untuk menyemak dan membuat pendakwaan.

Tambahnya, dalam kepesatan alam siber hari ini amat sukar bagi pihak berkuasa membendung penyebaran maklumat daripada Internet kerana ia disalurkan oleh pembekal perkhidmatan dari luar.


Ulasan :



Inilah akibatnya apabila Anwar dan Dewan Ulama Pas telah memberi " lampu hijau " kepada puak Kristian untuk menggunakan Bahasa Malaysia dan kalimah Allah didalam penerbitan majalah mereka. Mereka dah naik tochang!!! kerana orang Melayu Islam sendiri yang memberi sokongan kepada mereka. Selepas ini Gereja Terbesar di Asia Tenggara yang sedang dalam pembinaan bakal menjelma di Bukit Jalil...jangan terkejut bila Pas akan bertakbir di sana nanti..wallahuallam



Torashah

Jumaat, 16 Januari 2009

Propaganda Ajaran Hindu Didalam PR!
















Penulis ingin menarik perhatian pembaca kali terhadap sesuatu itu yang penulis fikir penting, dan perlu dihebah kepada semua yang menyokong dan juga ahli PR yang beragama Islam khususnya.
Jika kita perasan, Anwar selaku ketua/penasihat PKR selalu menyebut perkataan "Makkal Shakti" didalam ceramah-ceramahnya sebelum dan juga selepas kemenangan besar PRU lepas. Tapi adakah beliau faham maksud disebalik perkataan itu?
Secara umum ramai yang berpendapat Makkal Shakti membawa maksud kuasa rakyat, tetapi tahukah kita maksud sebenar perkataan tersebut? Atau mempunyai propaganda daripada mereka yang beragama Hindu? Mengikut Wiki, Shakti membawa maksud:
“'The Divine Mother'. Shakti represents the active, dynamic principles of feminine power. In Shaktism, Shakti is worshiped as the Supreme Being.
However, in other Hindu traditions of Shaivism and Vaishnavism, Shakti embodies the active energy and power of male deities (Purushas), such as Vishnu in Vaishnavism or Shiva in Shaivism. Vishnu's shakti counterpart is called Lakshmi, with Parvati being the female shakti of Shiva.”
Rujukan: Wikipedia
Ianya adalah nama seorang dewa didalam ajaran Hindu! Malah ianya juga merupakan satu lagi cabang didalam ajaran hindu yang dipanggil Shaktism. Saya tidak mahu membuat andaian melulu tentang pegangan agama Anwar, tetapi samada dia sengaja ataupun tidak perasaan, Anwar telahpun menyekutukan Allah dengan melaung-laungkan mereka ini adalah 'Rakyat Shakti'. Rakyat kepada dewa hindu bernama shakti :
“ Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah, dan apabila engkau memohon pertolongan maka pohonlah pertolongan itu kepada Allah.”
- HR. At-Tirmidzi
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
(Rujukan: Wikipedia)
Apabila kita bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah, ini merupakan mempersekutukan Allah dan ianya adalah syirik. Bahkan ianya boleh membatalkan Islam( Rujukan: Harakah). Mungkin apa yang dilakukan oleh Anwar adalah dengan tidak sengaja, atau kerana dia adalah naif atau tidak sedar kerana asyik melihat sokongan yang diberikan kepadanya sehingga terlupa tentang halal dan haram dan syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jadi (terang dan nyata).“
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.”
– az-Zumar:65
Tetapi jika apa yang dilaung-laungkan oleh Anwar dan pengikutnya(yang beragama Islam) tidak mempunyai niat untuk menyekutukan Allah, ianya tetap salah,makhruh dan mungkin juga berdosa. Ramai yang terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyedari buruknya perbuatan tersebut. Janganlah kita terikut-ikut dengan cara sesuatu puak/kaum, kerana kita mempunyai cara kita sendiri sebagai Muslim.
“ Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.”
- HR. At-Tirmidzi
Janganlah kita melaung-laungkan sesuatu perkataan yang kita tidak fasih atau faham, kerana takut apa yang dilaungkan kita itu mungkin terjatuh kedalam syirik khafi kerana kejahilan kita. Kes yang sama juga kita boleh berikan didalam lirik-lirik lagu didalam bahasa selain bahasa ibunda kita kerana takut terdapat propaganda jahat daripada agama lain cuba merosakkan akidah umat Islam kita ini.
Cuba kita selidiki secara mendalam perkataan yang terkandung dalam sesuatu ayat itu sebelum kita menelannya, takut-takut ada propaganda yang tersirat dan juga tersurat. Akhir kata, penulis harap penyokong PR janganlah kita dengan sembrono menyebut-nyebut apa yang dilaungkan oleh Anwar. Mungkin ada udang disebalik batu.
Warna-warna politik
Taminsari
Shah Alam

Rabu, 14 Januari 2009

Beli Camry: Menteri Besar Berbohong dan Buat-buat Bodoh!

Sebulan lalu PembangkangSelangor.com telah pun membuat pendedahan mengenai pembelian Camry yang ketika itu dianggarkan RM 2.1 juta untuk 14 buah. Malangnya ia dinafikan oleh Khalid Ibrahim. Semalam Menteri Besar tersebut mengakui pembelian tetapi dengan jumlah dan kos yang berlainan. Kenyataan Menteri Besar Selangor semalam bahawa kos pembelian Toyota Camry tidak melebihi RM 1.3 juta merupakan satu pembohongan dan pemalsuan fakta yang sangat menakjubkan.

Harga dan Jumlah Kereta

Kenyataan beliau hanya 10 buah Toyota Camry yang dibeli bukan sahaja tidak benar malah bertujuan mengelirukan orang ramai. Menurut maklumat yang diterima jumlah pesanan yang dibuat sekitar 15 buah dengan harga RM 2.5 juta. Jika kerajaan Selangor terima jumlah pesanan kereta tersebut sebanyak 10 buah sahaja pun kos pembelian sudah sekitar RM 1.7 juta. Jadi di mana logiknya Khalid menjustifikasikan harga kesemua kereta tersebut di bawah RM 1.3 juta?

Proses Sebut Harga Memperbodohkan Umum?

Lebih melucukan, Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa proses pembelian kereta dilakukan secara sebut harga dengan memanggil pengedar-pengedar kereta lain termasuk Proton, Honda dan sebagainya.Persoalan kita ialah bagaimanakah menentukan sebut harga yang terbaik sedangkan harga kereta merupakan perkara subjektif bergantung kepada model dan pengeluar?

Apakah Khalid ingin memberitahu umum bahawa 10 buah kereta proton Perdana V6 lebih mahal dari Toyota Camry 2.4v? Janganlah memperbodohkan orang ramai dengan alasan yang tidak masuk akal.Kita juga sudah mengetahui bahawa Selangor membuat keputusan membeli kereta Camry jadi mengapa perlu mengambil sebut harga dari pengedar kereta jenama lain? Bukankah sepatutnya kerajaan negeri mengambil sebut harga dari beberapa pengedar Camry?Alangkahnya aneh apabila mahu membeli epal tetapi meminta sebut harga pisang untuk dibandingkan?

Kenyataan mengenai sebut harga ini menimbulkan beberapa tanda tanya baru. Ini kerana ia disebut seolah-olah untuk melindungi tuduhan bahawa ada orang tertentu mempunyai kepentingan peribadi dalam isu ini.

1. Siapakah pengedar (dealer) Toyota Camry yang berjaya mendapat tender membekalkan kereta ini?

2. Adakah EXCO YB Ronnie Liu mempunyai kepentingan tertentu dalam pembelian ini? Pertanyaan ini tidak dapat dielakkan kerana beliau merupakan orang yang terkehadapan dalam menggesa kerajaan negeri di bawah Pakatan rakyat menukar kereta Proton V6 kepada Camry.

Sumber : pembangkangselangor.com

BPR HARUS SIASAT : RONNIE LIU TERLIBAT

BPR harus memulakan siasatan secepat mungkin terhadap pembelian kereta Toyota Camry 16 biji oleh Kerajaan Negeri Perak utk kegunaan MB dan Exco-ExcoSebagaimana yg diketahui umum di Perak walaupun MB nya drp PAS tetapi kuasa pemerintahan di tangan DAP.Beliau ibarat "CHAIRMAN" yg dilantik dan dibayar elaun sahaja,tetapi "DIRECTOR" yg mempunyai kuasa penuh dan menandatangani cek adalah DAP.

Begitu juga dalam kes pembelian Toyota Camry ini,kuasa membeli bukan di tangan Pak Pandir Nizar bahlol,tetapi kuasa sialan Ngeh drp DAP. Pak Pandir ni hanya tahu mengumumkan dan menghentam Proton sahaja.Hubungan kawan sesama DAP antara Ronnie Liu dan Ngeh Koo Ham telah lama terjalin sebelum kedua-dua ekor beruk sial ini menjadi Exco di Selangor dan Perak.Ronnie Liu sebelum menjadi exco adalah seorang penjual kereta model Toyota.

Setelah menjadi Exco beliau lepas jawatan tersebut dan beri kepada satu proksi menjaga perniagaan kereta itu.Beliau mempunyai kawan yg ramai yg menjadi jurujual dan pengedar kereta Toyota.Malah ada dikalangan saudara terdekat beliau juga menjadi pengedar Toyota. Sebab itu saya amat terkejut bulan lepas apabila Ronnie ada membuat kenyataan meminta Kerajaan Selangor menukar kereta Perdana V6 kepada Toyota Camry. Kenapa Toyota sahaja yg sering meniti dimulut Ronnie,? Tidak jenama lain ?Saya amat terkejut beruk apabila Kerajaan Perak umumkan pembelian Toyota Camry semalam.

Di hati saya terus terdetik "sah kerja siberuk Ronnie yg suruh sibabi Ngeh ni beli Toyota Camry".Padahal sebelum ini MB Pandir Perak ni pernah berkata kemungkinan Kerajaan Negeri Perak akan tukar Perdana v6 kepada Honda. Alih-alih Toyota yg diumumkan. Saya yakin 100 % Ronnie Liu terlibat sama dalam kes pembelian kereta Toyota Camry Kerajaan Perak ini. Memang ramai orang tidak mengetahui yg Ronnie adalah penjual kereta Toyota sebelum ini,tetapi saya tahu dan tahu........

Sumber: http://zemi-tko.blogspot.com/2008/12/bpr-harus-siasat.html

Isnin, 12 Januari 2009

Janji buat2 lupa,kereta Camry mewah boleh beli.Negeri berkebajikan apa ke benda ni?
















Sesudah 10 bulan perintah negeri Selangor, segalanya masih lagi tinggal janji. Pada 8 Januari 2009, Khalid Ibrahim menyatakan "Kita tidak buat program bantuan bagi setiap keluarga,". Kenyataan itu diberikan Khalid setelah ditanya berhubung bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid yang mengikuti pendidikan prasekolah seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka semasa pilihan raya umum, Mac tahun lepas.
Pakatan Rakyat juga berjanji RM75 sebulan bagi setiap anak ke taman asuhan. Kedua-duanya tidak pun diberikan oleh Pakatan Rakyat. Di Perak, kunci TABIKA KEMAS, di Selangor mungkir janji hendak beri RM50 dan RM75 kepada anak-anak Selangor.
Khalid Ibrahim memberi alasan bantuan tersebut tidak akan disalurkan berikutan kerajaan negeri perlu berjimat cermat dan tertib dalam menguruskan kewangan ketika dunia menghadapi kelembapan ekonomi. Apakah berjimat cermat kalau luluskan projek RM100 juta untuk membuat ternakan babi di Sepang? Markas pilihan raya kecil Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu pun sekarang ni bukan main mewah lagi. Poster pun sudah berkualiti. Apakah semua ini tidak guna duit rakyat juga?

Memang senang bercakap soal kebajikan dan membela rakyat, tetapi bila sudah berada di tampuk kuasa barulah terasa sukarnya melaksanakan tugas. Tidak hairanlah mengapa Ahli Parlimen Kapar dan golongan Reformis melakukan protes terhadap Khalid Ibrahim. Apa sudah jadi pada Pakatan Rakyat? PR, Pakatan Rakyat atau Pakatan Rosak? Apakah Khalid Ibrahim mahu menjadi seperti Anwar Ibrahim, sanggup diludah kalau tidak mampu laksanakan manifesto? Ibarat meludah ke langit, akhirnya kena muka sendiri.
AZRINIZAM IBRAHIM





Isnin, 5 Januari 2009

Rasuah - Anwar `Cakap Tidak Serupa Bikin'











" Rakyat bertanya apa tindakan Parti Pakatan Rakyat kepada pemimpin mereka yang didakwa atas kes rasuah dan sogokan seks yang kini sedang dibicarakan di mahkamah? "

PETIKAN UCAPAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KETIKA MEMBAHASKAN RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DI PARLIMEN.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Di Pertua kerana memberi kesempatan untuk bersama-sama membahaskan rang undang-undang yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Anti Rasuah.

Tuan Yang Di Pertua:

1. Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini. Ianya umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya.

2. Rasulullah s.a.w. bersabda: `Ia'anallahur rasyi walmurtasyi warraisy'.

"Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah".

Komen:

Memang benar kata Anwar Rasuah umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya tetapi apakah pemimpin Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP benar-benar ikhlas mahu memerangi rasuah?Rakyat bertanya, jika benar mereka memandang jijik kepada Rasuah mengapa tidak ada tindakan diambil kepada tiga pemimpin parti itu di Perak yang didakwa atas tuduhan rasuah dan sogokan seks yang kes mereka kini sedang dibicarakan di mahkamah?

Rakyat juga bertanya jika pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) baik di peringkat negeri atau persekutuan yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah perlu meletakkan jawatan dengan serta merta mengapa pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang melaung-laungkan mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih tidak sanggup berbuat demikian?Apakah wujud `double standard' dalam Rasuah? Jika pemimpin pembangkang terlibat dalam rasuah hukumnya menjadi `halal' sedangkan Rasullulah telah bersabda - "Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah".

Menjadi harapan keseluruhan rakyat jika benar Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Hadi Awang dan Lim Kit Siang benar-benar ikhlas mahu memerangi Rasuah mereka perlu mengambil tindakan segera - 2 Exco Kerajaan Perak yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah perlu meletakkan jawatan dengan segera.Kalau itu pun tidak dapat dilakukan - Anwar, Hadi dan Kit Siang perlu berhenti segera bercakap pasal Rasuah.

lahabau.blogspot.com

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor

Bertempat di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor